Artis / Selebriti
” Nak kencing ke tu, ko nak pergi mana. Hei, ko nak pergi mana ni.. ” – Nabil Ahmad
Video Jihan Muse tiba-tiba meninggalkan pentas dan membiarkan Nabil sendiri ketika sedang mengacara Gegar Vaganza buat warganet terhibur. Cuak Nabil bila Jihan tiba-tiba hilang. Nasib baik Sheila Abdull ada, ikut je apa Nabil suruh. Lawak lah, haha..
Konsert minggu ke 4 Gegar Vaganza semalam menyaksikan banyak moment yang mencuit hati, baik daripada peserta, juri mahu pun hostnya sendiri. Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang sudah bermusim-musim bersama mengacara Gegar Vaganza memang serasi apabila bersama dan mengundang ketawa penonton.
Meninjau entry di akaun Tiktok Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jihan meninggalkan pentas dan membiarkan Nabil sendiri. Ketika itu mereka sedang berdiri di atas pentas bersama salah seorang peserta, Sheila Abdull.
Tanpa sebarang kata, Jihan laju sahaja turun ke bawah dan Nabil sempat bertanya adakah Jihan mahu ke tandas. Sambil ketawa dan berlawak, Nabil tetap pandai mengawal pentas walaupun sendiri. Memandangkan ada persembahan peserta lain yang perlu diteruskan, Nabil meminta Sheila untuk menjadi host sementara menggantikan Jihan.

Siapa sangka, Sheila ini kelakar juga orangnya. Jenaka spontan Nabil membuatkan Sheila tidak berhenti ketawa. Keluarlah skrip sendiri Nabil dan apabila Nabil menyanyikan secara spontan lagu viral ‘ Skibidi, bom bom, yes yes yes’, riuh rendah suasana dengan gelak ketawa penonton dan juri.
Jom tonton video di bawah ( tonton video penuh di hujung artikel ) :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mediahiburanofficial Part ni ramai yang terhibur! Gara-gara Jihan Muse spontan keluar stage, Sheila Abdul sporting jadi partner host dengan Nabil Ahmad 3 minit! #MHnews #MediaHiburan #FYP
@madamaisel
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Salah satu moment klakar semalam.. satu lagi babak dadali dyrga kena nyanyi semula semalam.. “
” Jihan nak gelak kuat2 tp npk mcm perut tiba2 sakit… tu yg dia bla terus.. tp part ni paling kelakar… sheila abdul pulak masuk air sekali.. “
” Ni yang paling berdekah tadi.. sakit perut gelak. jihan blah camtu je haha.. mak aku gelak sakan tgk gv td sbb ni lah.. “
” Bila tanya nak kencing ke tu.. hahahah nmpak sangat member dah paham.. dah sarat memang asyik nk kencing je.. “
” Terbahak aku ketawa. lawak weii part ni.. Tak memasal tiber keluar skrip spontan Skibidi, bom bom, yes yes yes.. “
” Part ni sumpah berdekah, lawak giler haha. lucu jugak Sheila Abdul ni.. tapi Nabil power boleh kawal pentas.. “
” Power Nabil handle pentas.. part ni kelakar betul. Minggu ni terhibur betul rasa. ko nabil kalau jdk pengacara mmg x mengecewakan.. “

Berdekah semua penonton dengan gelagat Nabil dan Sheila itu. Apa-apa pun, Nabil memang partner yang sangat sporting dan cukup memahami keadaan Jihan yang tengah sarat. Untung Jihan ada host partner seperti Nabil ni. Sama-sama kita nantikan apa yang akan terjadi pula pada konsert minggu hadapan.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Hiburan Official, Tiktok Madamaisel, Youtube Channel Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

