Artis / Selebriti
” Nabil kemain laju cium, dalam TV tak tunjuk.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad tiba-tiba mencium pipi Syafiq Kyle ketika pelancaran One Cent Thief Musim Kedua buat ramai terhibur. Spontan sungguh aksi Nabil, sampai Syafiq pun terkejut, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Sooka Malaysia, perkongsian sebuah video ketika majlis pelancaran teaser drama One Cent Thief untuk musim kedua telah meraih perhatian ramai. Dalam majlis tersebut, Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana bertindak selaku pengacara.
Ketika memperkenalkan hero utama drama tersebut iaitu Syafiq Kyle, secara spontan Nabil telah mencium pipi Syafiq ketika Syafiq membuka bahagian hoodie yang menutupi mukanya. Syafiq juga dilihat agak terkejut ketika Nabil menciumnya. Tindakan Nabil ini hanyalah sekadar gurauan.
Sekadar info, drama One Cent Thief merupakan drama bersiri di bawah terbitan Astro. Siri ini diinspirasikan daripada laporan berita peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada 1990-an atas kejayaan mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan tanpa dapat dikesan sehingga menjadi jutawan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Antara pelakon lain ketika musim satu ialah Faizal Hussein, Sofia Jane, Azira Syafinaz, Fabian Loo dan Amerul Affendi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sookamalaysia Strim #KonsertCountdownMeletop2025 di #sookaMalaysia sekarang! #fyp #SyafiqKyle #Nabil
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Wahhh ada one cent thief s2….. Bila start.. nabil ni semua jantan dia dapat.. Takk yang sorg tu kenapa angkat phone tapi gelap je screennn.. “
” Weh!serious la one cent ada S2. x sabar nak tunggu season 2.. tepi abang Nabil . turn saya pulak.. one cent s2 takluk 2 tak sabar ni nak tengok mantap.. “
” Ade one cent thief season 2 ke guys.. dalam tv x tunjuk hahahahah nabil cium tu.. hensem nya Shafiqkyle.. apahal la Nabil ni suka no kiss2 ni .. “
” Tak cakap ada syafiqkyle.. Dah nabil tepi giliran saya pulak.. kopiah nabil mana wei. Bile release season 2 ni sooka ?.. “
” Hahaha nabil kemain laju cium.. Tau dah Season 2 dia curi 2 cent pulak.. x sbr nk tgk iman dlm digital karma.. dia memang best blakon.. ..beto qushairy.. “
” Biasa lah tuu..Nabil mmang mcm tu.. bergurau sj..kita jngn fikir yg bukan2..nnti jd fitnah berdosa.. S1 pun xtgk habis lagi.. “
” Tak sbr nk tgk iman dlm digital karma.. mimi lana mana mimi lana.. you look so much like Victor in the arcane do .. “
Nabil sememangnya merupakan seorang yang cukup selamba walaupun ketika mengacara. Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan drama bersiri One Cent Thief musim kedua ditayangkan di kaca televisyen terutamanya pada yang mengikuti drama bersiri ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

