Artis / Selebriti
” My first time at Legoland during the recent school holidays.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Dan Gambar Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Bercuti Di Legoland. Wah Excited Sungguh Fatima, Sampai Kepenatan. Cantiknya Rekaan Lego Nama Fatima Dan Mummy. Gambar Ketiga Tu Pun Stylo, Pandai Fatima Pose Macam Mommy !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu video Fazura membawa anaknya, Nur Fatima Aisya menikmati staycation di Barbie Room Grand Hyatt Kuala Lumpur. Itu antara hadiah Fazura sempena ulangtahun kelahiran Fatima yang jatuh pada 2 Oktober baru-baru ini.
Kali ini, Fatima dibawa bercuti di satu lagi tempat menarik yang sememangnya menjadi kesukaan kanak-kanak iaitu Legoland Resort. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan gambar dan video yang memaparkan telatah Fatima ketika berada di sana.
Perjalanan dari ibu kota ke Legoland Resort agak panjang tetapi Fatima menggunakan masa yang ada untuk berehat sepanjang perjalanan. Fazura membawa Fatima ke Legoland ini ketika cuti sekolah Fatima berjalan. Banyak gambar menarik yang dipaparkan dalam perkongsian ini.

Sama seperti mommynya, Fatima cukup pandai bergaya dan memberikan pose yang menarik. Beberapa keping gambar Fatima sedang bermanja dengan Fazura juga ada ditunjukkan dalam posting ini. Warganet juga turut dapat melihat satu rekaan daripada lego yang tertulis ‘ Fatima Mommy Love ‘.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Fatima ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Sama seperti perkongsian terdahulu, ruangan komen tidak dibuka kepada umum. Warganet hanya boleh memberikan tanda likes sahaja untuk setiap posting di akaun Fatima ini.

Seronok melihat gelagat Fatima yang begitu teruja. Barbie Room sudah, Legoland juga sudah. Agaknya selepas ini, ke mana pula destinasi yang bakal Fazura bawa Fatima pergi bercuti. Apa-apa pun, semoga Fatima selalu gembira bersama mommy dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part 6 years tu adoi, tak boleh berhenti ketawa. Macam mana Ubai boleh tahan gelak, haha.. ” – Komen Netizen


