Connect with us

Artis / Selebriti

” Mungkin korang akan bergaduh, mungkin korang bertengking.. ” – Ammar Ahyan

Video Ammar Ahyan memberikan ucapan dan nasihat kepada pasangan pengantin baru buat ramai terhibur. Walaupun bunyi macam kelakar dan ayat berterabur, tapi sungguh matang kata-kata Amayan..

Meninjau di akaun Instagram milik isteri kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida Mohd Rashid, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Datin Shahida menghadiri majlis perkahwinan salah seorang saudaranya. Kehadiran Datin Shahida bersama beberapa orang anaknya jelas menceriakan suasana majlis.

Menerusi perkongsian tersebut, perkahwinan ini bukanlah kisah biasa kerana pasangan pengantin pernah melalui fasa perpisahan sebelum ini. Namun, takdir menemukan mereka kembali untuk menyulam semula kasih yang pernah terlerai. Kisah ini menyentuh hati ramai kerana ia membuktikan bahawa peluang kedua dalam cinta itu wujud, asalkan masih ada kepercayaan dan keikhlasan.

Dalam kemeriahan majlis itu, satu momen yang paling mencuri perhatian ramai adalah ucapan daripada anak sulung Datin Shahida, Ammar Ahyan. Walaupun masih muda, Ammar tampil dengan kata-kata yang cukup matang dan penuh makna, seolah-olah memahami erti sebenar sebuah perhubungan dan kehidupan berumahtangga.

Meskipun ucapan Ammar didengar mencuit hati, namun kata-katanya sangat sarat dengan nasihat tentang kesabaran, memaafkan dan menghargai pasangan jelas memberi kesan mendalam. Ramai yang memuji Ammar serta cara didikan yang diterapkan oleh Datin Shahida dalam membesarkan anak-anaknya.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet yang rata-ratanya terhibur mendengar nasihat yang diberikan Ammar tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bagus Amayan… Cakap nya jujur dan tulus…. Berpandangan jauh… Mungkin pengalaman dari keluarga sendiri…. Bagus… Jadi kan pengajaran dan TAULADAN.. “

” Rupanya bersatu kita tegak… Selama ni salah lah bersatu kita teguh, hahahha.. Kelakar betul lah Amayan ni.. “

” Bertengking pun bertengkinglah.. Bersatu kita tegak.. Hidup amayannn.. Kami sokong apa yang amayan cakap tu.. “

” Ya ammar acik akan sentiasa tegak dlm perkahwinan tak nk jatuh.. Doakan acik yea amayan yer.. Love nasihat amayan tu.. “

” Amayan merujuk kpd contoh terdekat sb enarnya tu, huhu.. Amayan mcm ceo perkahwinan ya, hahaha.. Padu lah nasihat.. “

” Bertengking ke bertengkar Ammar oi, hahahahaha.. Ok lah tu walaupn berterabur ayat, mesej yang nak disampaikan tu sampai.. “

” Terus rasa nak kawin dengar ucapan & nasihat Amayan.. Boleh lah Amayan daripad tak ada kan, hehe.. Tahniah buat pengantin.. “

Perkongsian video ini bukan sekadar merakam detik indah sebuah majlis perkahwinan, tetapi turut membawa mesej yang cukup bermakna tentang kehidupan. Ia mengingatkan kita bahawa setiap hubungan pasti diuji, namun dengan kesungguhan, keikhlasan dan doa, kebahagiaan itu mampu dikecapi semula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shahidasdherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan🏛️ Politik: Politik🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: Teknologi📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized