Artis / Selebriti
” Mungkin ada yang belum tahu mama salah seorang cancer survivor.. ” – Bella Astillah
Video ibu YB Syed Saddiq, Puan Shariffah Mahani berkongsi cerita sedih detik pertama kali tahu dirinya menghidap kanser buat ramai tersentuh. Betapa kuatnya Puan Sharrifah melawan kansernya, sebak dengar..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan ibu kepada YB Syed Saddiq iaitu Puan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz hadir sebagai tetamu jemputan dalam segmen 3 Pagi Era bersempena sambutan Hari Guru.
Namun begitu, apa yang paling menyentuh hati ramai adalah apabila Puan Shariffah membuka cerita mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang pejuang kanser. Dengan tenang dan penuh emosi, beliau berkongsi detik pertama mengetahui dirinya menghidap kanser payudara, satu berita yang begitu berat untuk diterima oleh mana-mana insan.
Menurut Puan Shariffah, ketika menerima berita tersebut, dirinya seakan-akan hilang kata-kata dan sukar untuk menerima kenyataan. Namun sebagai seorang ibu dan pendidik, beliau cuba menguatkan diri demi keluarga serta insan-insan yang disayanginya. Ketabahan yang ditunjukkan benar-benar membuatkan ramai kagum dan tersentuh hati.

Bukan itu sahaja, Puan Shariffah turut berkongsi bahawa dirinya sekali lagi diuji dengan penyakit kanser kali kedua sebelum bersara sebagai seorang guru. Ujian yang datang bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui, namun beliau tetap cekal meneruskan kehidupan dan menjalani rawatan seperti yang disarankan oleh doktor.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa kagum dengan perkongsian oleh Puan Shariffah dan turut mendoakan kesihatan Puan Shariffah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” A very strong woman. Suka dgr teacher Sherry bercakap.. Kagum sangat dengan teacher Sherry. Semoga terus sihat selalu.. “
” Mashaallah Tabarakallah.. Alhamdulillah, semoga Mama terus dikurniakan kesihatan sebenar2 kesihatan.. Aaminn.. “
” Masa sy lwt Pn Sh Mahani lps kami tahu beliau kanser fighter, kagum dgn dia, masih wajah tak berubah cantik awet muda, kami nak balik dia siap peluk.. “
Akui Puan Shariffah, sehingga ke hari ini beliau masih lagi perlu mengambil ubat-ubatan serta menjalani rawatan susulan bagi memastikan penyakit tersebut tidak kembali menyerang dirinya. Walaupun terpaksa melalui pelbagai kesukaran, beliau tetap kelihatan kuat dan positif dalam menjalani kehidupan seharian.

Perkongsian tersebut membuatkan Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad turut berasa sebak dan kagum melihat kekuatan seorang wanita yang bergelar ibu dan guru. Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Puan Shariffah terus diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi

