Artis / Selebriti
” Muka macam Ayash jer kecil-kecil dulu.. ” – Netizen
Video Throwback Uwais Al-Qarni Menyanyi Karaoke Ketika Kecil Raih Perhatian Ramai. Eh, Muka Tu Memang Sebijik Ayash Lah. Dah Tahu Dah Muka Ayash Besar Nanti Macam Mana !!
Memori anak -anak ketika kecil adalah sangat seronok untuk dirakamkan. Apabila mereka semakin membesar semestinya akan merindukan mereka sewaktu kecil. Hanya video yang dirakamkan dapat mengingatkan kembali memori anak-anak ketika kecil.
Meninjau ke akaun Instagram, satu video anak sulung Shuib Sepahtu iaitu Uwais Alqarni ketika kecil telah dikongsikan. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Uwais sedang menyanyi sambil memegang mikrofon.
Bukan sekadar menyanyi tetapi Uwais tetap memberikan gaya nyanyian yang menghiburkan. Wah, nampak penuh dengan penghayatan. Kecil -kecil lagi dah nampak ada bakat. Ternyata apabila sudah besar, Uwais sememangnya gemar menyanyi dan pandai bermain alat muzik.

Namun yang paling mencur1 perhatian ramai netizen ialah wajah Uwais ketika kecil sangat sama dengan wajah adiknya iaitu Ayash Affan. Jika tidak membaca kapsyen yang ditulis, pastinya ramai menyangkakan itu adalah Ayash Affan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, sememangnya ramai bersetuju bahawa wajah Uwais saling tak tumpah seperti Ayash. Antara komen-komen yang diberikan :
” Uwais kecik macam Ayash lah masya Allah.. uwais tak berubah dari kecil sampai la ni.. kaletah sama je.. comel² tu sapa lagiiii.. “
” Tahu dah ayash ikut muka sapa. Uwaisss.. Mcm muka ayash tp bila baca caption ckp “masa ak kecil” bru ttba nmpk mcm uwais.. “
” Uwaisss ni. Sebijik ayash.. nnt ayash dah besar sama sebijik mcm abag uwais muka ibuuuu comelnyaaaa uwais mmg ank yg kuat menghiburkan mcm ibu jugak.. “
” Ni mesti uwais al qarni .. cucu atok.. .akal dia dh nampak.. Laaa rupanya ayash sama laaa dgn uwais kann.. so comel.. “
” Mcm uwais masa kecik.. ada bakat ni.. kecik2 dah kelako.. sebijik rupa ayyash.. ni uwais tapi kelakarnya macam mateen.. “
” Uwais…sama mcm ayyash laa.. skg dah bsr dan berbakat.. apa comel sangat niiii Uwais.. muka selalu buat lawak.. Ingatkan ayash.. “
” Uwais… uwais gaya tu smpai skrg camtu.. Uwais ni. Muka macam Ayash jer kecik2 dulu.. Uwais manja ketoi atok dan odey.. “
Comel sangat Uwais ketika kecil. Wajah Uwais ni sememangnya sama dengan wajah Ayash dan semestinya Ayash apabila sudah besar nanti seiras Uwais. Kedua-duanya nampaknya mewarisi wajah ibu mereka iaitu Siti Sarah Raisuddin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raisuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

