Artis / Selebriti
” Meremang dengar suara Thalita ni, dahsyat betul. Trademark dia sekarang whistle.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video anak Shuib Sepahtu, Thalita berlatih vokal bersama Cikgu Shafi buat ramai teruja. Meremang masing-masing dengar suara Thalita menyanyi lagu Adele, Set Fire To The Rain. Makin power lah Thalita lepas belajar dengan Cikgu Shafi..
Demi memantapkan lagi vokal Thalita, Shuib Sepahtu telah pun menghantar Thalita untuk menuntut ilmu daripada guru vokal terkenal, Cikgu Shafi. Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Shafi, ramai artis-artis popular negara berguru dengan Cikgu Shafi antaranya Marsha Milan dan Bella Astilah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shuib Sepahtu dan Cikgu Shafi Official, telah dikongsikan video yang memaparkan sesi latihan antara Thalita dan Cikgu Shafi. Untuk sesi ini, Thalita berlatih menyanyikan lagu dendangan asal Adele berjudul ‘ Set fire to the rain’.
Lontaran suara Thalita dan tone suaranya yang unik dan merdu itu meraih pujian ramai. Bukan semua anak seusia Thalita mampu mengalunkan lagu Adele dengan baik. Ramai yang terhibur dan teruja mendengar akan suara Thalita Thalita mengalunkan lagu ini.
Thalita sememangnya ada auranya tersendiri dan kekuatan vokal yang boleh pergi jauh. Hanya tinggal diasah dan terus diasah untuk Thalita menjadi bintang seperti arwah ibunya. Tunjuk ajar Cikgu Shafi memberikan banyak impaknya terhadap Thalita dan merupakan ilmu baru untuknya.
Jom tonton video di bawah :
@shuibsepahtu Training!!!! #thalita @Thalita_Shuib
@cikgushafiofficial Thalita ❤️ #shafivocalstudio
♬ Shakira Try Everything from Zootopia – Shakira Philippines 🇵🇭
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lagu “membakar hujan – adele”.. Suara dikta ni unik.. lagu adele masuk ngam dgn suara dia.. Sedap laaa.. Dah agak kalau train mmg sedap gilaaa.. Kerja baik dik.. “
” Dia ada nada mak dia tue yg mahal. Salah satu peninggalan mak dia ke dia adalah tone suara yg unik. terbaek dekta.. teruskan.. “
” Meremangggg dengaq dikta latihan.. aura ibu siti sarah ada dalam diri dikta utk berjaya sbgai penyanyi suatu hari nanti.. “
” Asal dengar meremang bulu ye.. sumpah meremang bile dia tarik tonn.. kerja yang baik Dekta.. Kiteorg bangga dengan dektaaa.. “
” Suara ibu ada serak basahnya suara Talita ada garaunya tapi dia punya ton bila meninggi tu mmg sama nafas mmg cukup panjang tahan.. semoga Talita boleh buktikan dialah pewaris ibu yg sejati.. “
” Kenapa kita nampak sarah yg nyanyi.. pergh padu gilaa high note diktaaa.. meremang dengar.. bukan senang nak nyanyi lagu Adele. dekta ini hebat.. kanak2 12thn blh bawa lagu Adele waw.. “
” Asal meremang dengar suara talita ni dasatt bethol.. trademark dia skrg Whistle.. Xsabar nak tengok thalita pakai balik mic. kak sarah.. ”
Semakin power lah suara Thalita selepas mendapat tunjuk ajar daripada Cikgu Shafi. Aura ibu ada dalam diri Thalita dan ini menambahkan lagi kekuatan Thalita. Semoga Thalita terus berlatih dan berusaha untuk memantapkan lagi vokalnya. Semoga Thalita akan berjaya mencapai impiannya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu, Tiktok Cikgu Shafi Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
