Artis / Selebriti
” Meremang dengar, sampai feel tu. Sedihnya lagu ni, Mark nyanyi terus nangis.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Mark Adam membawakan lagu Anak buat ramai tersentuh. Merdu dan mantap vokal Mark. Ekpresi wajah dan penghayatan Mark begitu menusuk ke hati. Sebsk dengar Mark menyanyi lagu ni..
Konsert Gegar Vaganza 12 minggu separuh akhir telah pun berlangsung semalam. 7 bintang berentap untuk merebut tempat ke pusingan akhir dan masing-masing memberikan persembahan terbaik mereka. Antara persembahan yang dinanti-nantikan ramai adalah persembahan Mark Adam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz, telah dikongsikan persembahan pertama Mark membawakan lagu berjudul Anak. Lagu ini merupakan lagu hits dendangan asal Almarhum Abdul Fareed atau popular dengan nama pentasnya Freddie Aguilar.
Lirik lagu Anak yang bercerita mengenai kekesalan seorang anak terhadap bapanya dibawakan dengan cukup baik oleh Mark. Vokal Mark tidak perlu dipertikaikan kerana Mark sememangnya ada tone suara yang merdu dan kawalan suara yang baik.

Ramai di kalangan warganet yang tersentuh hati mendengar nyanyian Mark itu. Warganet juga turut mendoakan agar pada suatu hari nanti Allah akan mengurniakan Mark dan isterinya zuriat sebagaimana yang diimpikan oleh pasangan itu.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Ini sedap Mark. Sireh pulang ke gagang 🔥 🎤✨ Gegar Vaganza 12 minggu kesebelas, separuh akhir. Tinggal 7 bintang berentap: Mell Sakura, Mark Adam, Nubhan, Shae, Ruri Repvblik, Mendua & Iskandar Ismail 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro GO • sooka #f8buzzhiburan #GegarVaganza12 #gv12 #markadam #anak
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Oh tuhanku …. Allah yg satu … kurniakanlah mark adam dan isterinye zuriat yg sihat sempurna… soleh dan solehah…. Aamiinn.. “
” Ini baru vokal, sedih lagu ni. Mark penuh penghayatan, persembahan Mark paling best sepanjang GV ni.. “
” Meremang dgr ngis, sampai gila feel tu. mesti dia nyanyi sambil harap dapat anak. semoga Allah bg rezeki anak dkt dia.. “
” Walaupun tak faham maksudnya,tapi mark nyanyi sampai ke hati saya. Persembahan mark tak pernah mengecewakan.. “
” Setiap kali dengar mark Adam nyanyi di GV, aku mesti sebak. Seakan ada roh disetiap penyampaian dia. Seni dia sangat berat. lagi part anak ni, lagi sedih rasanya.. “
” Memang penuh emosi Mark nyanyi, sedap sangat Mark.. rasa sungguh di hati, tak sedar keluar airmata.. tengok riak wajah Mark lagi bertambah rasa pilu tu.. “
” Waau sungguh penuh perasaan Mark Adam nyanyikan lagu ‘Anak’ persembahan di gegar vaganza.. sedihnya lagu ni, mark nyanyi terus nangis.. “
Satu persembahan yang terbaik daripada Mark Adam sepanjang GV berlangsung. Penyampaian Mark dan penghayatannya itu sampai ke hati pendengar. Semoga Mark akan beroleh kejayaan pada minggu final akan datang dan berjaya menggondol gelaran juara. Teruskan berjuang sehingga ke garisan penamat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok F8buzz, IG Astro Gempak, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

