Artis / Selebriti
” Mengekek sifu M. Nasir dekat belakang. Pecah perut ketawa, haha.. ” – Netizen
Video Persembahan Rap Kelantan Oleh Romli Rock Di Konsert Gendang Pati M Nasir Buat Ramai Terhibur. Dato’ M. Nasir Punya Tahan Gelak, Last-Last Tersembur Juga. 1st Time Dengar Lagu Rap Versi Kelantan. Lawak Sungguh Romli, Penonton Pun Bukan Main Layan Lagi !!
Malam Sabtu baru-baru ini, telah berlangsungnya Konsert Gendang Pati M. Nasir yang bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC ). Dari awal sehingga akhir, persembahan Dato’ M. Nasir menghiburkan semua penonton yang hadir.
Selain nyanyian oleh Dato’ M. Nasir, ada beberapa penyanyi jemputan lain yang diundang dan salah seorangnya adalah yang dikenali sebagai Romli Rock. Meninjau akaun Tiktok Atrez, telah dikongsikan suasana ketika Romli menyampaikan lagunya.
Lain daripada yang lain, jika selalunya loghat Kelantan pastinya dikaitkan dengan dikir barat tetapi Romli membuat kelainan. Rap Kelantan, ianya sesuatu yang unik dan ternyata semua terhibur dengan dendangan rap oleh Romli ini. Diiringi ketukan tabla, seronok penonton melayan lagu rap itu.

Boleh terbelit lidah kalau hendak mengikut rap kelantan ini. Dato’ M. Nasir pun dapat dilihat awalnya menahan gelak tetapi selepas itu terus ketawa besar kerana terhibur dengan nyanyian Romli. Agaknya orang Kelantan sendiri pun tak dapat menangkap lagu apa lah yang ditukar kepada rap, hehe.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@atrez Ive never heard of kelantanese original version of RAP.Last night i did , and it was a FREESTYLE RAP KELATE.Blew my mind away.Amazing #gendangpati #gendangpatikl #gendangpatimnasir @romlirock60 abe hebat
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Terbaik Abe Awe Mat Rock.. Aku orang kelantan pun tak faham weh hahah.. nak paham camne nyanyi takde gigi hehe.. ”
” Sambil tengok rap Kelate ni tak sedar mulut sengeh, kaki ikut rentak haha.. dia ada groove okey.. ”
” M Nasir tahan gelak kat belakang tu haha.. tapi last-last tak dapat ditahan tersembur ketawa.. bukan senang nk tengok m. nasir ketawa camtu.. ”
” Mengekek sifu M Nasir dekat belakang haha.. pecah perut ketawa.. saya tak faham tapi tengok ikut ketawa.. lucu lah.. ”
” Aduh tengok dato’ m nasir tak tahan nak gelak haha.. takde siapa boleh tahan camni.. semua ketawa je dengar tu.. ”
” Mata tertumpu dekat m nasir.. Bukan senang nak buat sifu m nasir ketawa.. Jarang dengar orang kelantan rap macam ni.. ”
” Layann ni namanya old style haha.. dato’ m nasir pun gelak sakan woo haha.. paling tak boleh lupa part yang nyamuk tu haha.. ”
Sesuai juga rap kelantan macam ni, menambah rencah dalam konsert Dato’ M. Nasir kali ini. Siapa yang faham nyanyian rap ni boleh lah share liriknya. Boleh layan tengok berulang kali video ini. Apa-apa pun, tahniah Dato’ M. Nasir atas kejayaan konsert Gendang Pati.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Atrez
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



