Artis / Selebriti
” Terkedu Kak Lina, biru Kepom kali ni eh. Dato’ M. Nasir pun dah pandai melawak, haha.. ” – Komen Netizen
Sedutan Video Temubual Elly Mazlein Bersama Dato’ M. Nasir Buat Ramai Terhibur. Amboi Behave Betul Kak Lina Bila Dengan Dato’ M. Nasir, Tak Keluar Langsung Perangai Masuk Air Dia. Part Kak Lina Terkedu Dengar Dato’ M. Nasir Cakap Tu Lawak. Memang Biru Beb, Haha !!
Setiap minggu, penyampai slot Carta Era4o, Elly Mazlein atau mesra dengan nama Kak Lina pasti akan membawakan tetamu istimewanya di konti. Sebelum ini, warganet disajikan dengan temubual Kak Lina dengan ramai selebriti antaranya Ernie Zakri, Ajai dan Aepul Roza.
Kali ini, giliran penyanyi yang digelar sifu dalam industri muzik Malaysia, Dato’ M. Nasir pula menjadi artis jemputan Kak Lina. Untuk makluman semua, maestro muzik tersohor ini bakal mengadakan Konsert Cipta Dato’ M. Nasir yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos akan datang di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan temubual Kak Lina dan Dato’ M Nasir. Kak Lina memulakan perbualan dengan bertanyakan mengenai kehadiran artis jemputan untuk konsert nanti.

Dato’ M. Nasir mengatakan bakal ada artis yang pelik-pelik dan Kak Lina mengatakan dia juga dikatakan oleh orang ramai sebagai seorang yang pelik. Jawapan Dato’ M. Nasir kepada Kak Lina walaupun dalam riak wajah yang serius tetapi mencuit hati warganet yang menontonnya. Boleh tahan pandai melawak juga Dato’ M. Nasir ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dato’ M Nasir pun dah pandai melawak lah sekarang.. Terkedu Kak Lina kepom kejap, haha.. ”
” Assalamualaikum sifu dato’ M Nair.. why so short this clip.. haishh kasi la panjang sikit.. tak sabarnya nak tengok video full podast ni.. Hahaha, adeiii biru Kepom biru haha.. ”
” Yang tahu je tahu hahha.. Dia cakap dia dan jemputan ‘pelik, elly’ normal’. Maknanya elly out of his league as musician la kot, tak sama level. Gituhh read between the lines.. ”
” Hahaha biru kepom kali ni eh.. auto jadi behave je kepom, haha.. Keras kepom bila interview Dato’ M Nasir.. tak terkeluar langsung prangai masuk air dia tu haha.. ”
Sopan sungguh Kak Lina menemubuat Dato’ M. Nasir, berbeza dengan minggu-minggu sudah bersama dengan selebirit yang lain. Warganet juga sempat berseloroh mengusik Kak Lina Kepom kerana perbezaan perangainya itu. Kak Lina ‘bertukar roh’ menjadi Elly Mazlein nampaknya.

Ini hanyalah antara sedutan temubual dan video penuh masih belum lagi dimuatnaik. Pasti ramai yang tidak sabar hendak menonton temubual ini. Tentu sampai ke akhir Kak Lina tetap menjaga tutur kata dan tidak menunjukkan perangai ‘masuk air’.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

