Artis / Selebriti
” Memang aku tunggu VTT ni sebab nak tahu apa yang jadi backstage. Struggle bila penyanyi buat silap.. ” – Komen Netizen
Video keadaan Leman Band ketika Nai Dinamik membuat persembahan di Gegar Vaganza 11 raih perhatian warganet. Fuh kelam kabut juga musician bila Nai lupa lirik tu. Salute Leman Band cuba juga untuk selamatkan Nai..
Gegar Vaganza musim 11 minggu ketiga menyaksikan penyanyi Nai Dinamik tersingkir daripada meneruskan perjuangan di pentas GV11. Nai mendapat tugasan membawakan lagu XPDC berjudul Apa Nak Dikata. Permulaan Nai menyanyi lagi sudah terlihat ada kesilapan teknikal.
Meninjau entry di akaun Tiktok Pennbasschannel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi dan tindakan pemuzik Leman Band ketika Nai sedang membuat persembahan. Lagu ini sememangnya berentak laju dan memerlukan energy yang banyak daripada penyanyi.
Ada kesilapan teknikal berlaku apabila Nai tidak mendengar bunyi muzik gitar pada awal nyanyian dan ia menyebabkan Nai lambat masuk menyanyi. Muziknya mula kedengaran tidak seiring dengan nyanyian Nai kerana Nai hilang fokus disebabkan terlupa lirik.

Ketika Dato’ Ramli MS menghentikan nyanyian Nai dan meminta untuk Nai menyanyi semula, musician cuba sedaya upaya mereka untuk membantu Nai. Namun sayangnya situasi nyanyian Nai tidak dapat diselamatkan. Kucar kacir dan banyak part yang Nai lari tempo.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@pennbasschannel (RARE MOMENT) TAK DAPAT NAK DISELAMATKAN #gegarvaganza #gegarvaganza11 #pennbasschannel
Kejadian di atas pentas ketika Nai sedang membuat persembahan :
@sookamalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setiap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka. #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroMalaysia #AstroGo #sookaMalaysia #sookaGotStars #GegarVaganza #fyp #NaiDinamik
@gegarvaganza2024 NAI DINAMIK – Apa Nak Dikata (XPDC) Minggu 3 – GV 2024
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Memang tnggu post ni.. agak dah mesti geng2 ni ‘struggle’ bila penyanyi wak silap.. Nabil suh singkirkan pemain gitar ye.. buat le. akak boikot gv nanti haha.. “
” Dah agak.. musician msti kelam kabut..haha.. Dia cari nak masuk tak jumpa.. Pemuzik tak salah. Tapi bagi aku kesian nai dapat lagu tu. susah tu nk hafal lirik.. “
” Dah 11 musim gv sy tengok, rsanya ni 1st time depa kna stop,main balik.. apa pun terbaiklah pemain muzik ada juga niat nak menolong selamatkan nai dinamik tapi tak boleh bahaya.. “
” Mmg aku tggu vtt ni…sbb nk tahu ape yg jadi.. 1st try masalah.. ear monitor pun ada masalah, mcm sound muzik ada delay 1 bar.. 2nd try penyanyi dah jadi gelabah hilang fokus.. “
” 1st try tak dgr muzik.. 2nd try lari tempo n lupa lirik.. Aduhh.. Bgni pla lk behind the scene klu artis salah nyanyi music band pun ikut cuak jg hehe. good job leman band.. “
” Ini yang ditunggu-tunggu ni… backstage.. suka tgk btapa strugle nya depa ni. lau sy le xtau le apa nk jd kalau sy yg musician.. terbaik lah leman band, cover kesilapan penyanyi selagi boleh.. “
” Nai nai… Kelam kabut pemuzik dibuatnya hehe.. musicion professional… terbaik.. tenang je.. Pemuzik pun cuba nak selamatkan penyanyi.. tapi apakan daya.. tak ada rezeki.. “
Leman Band sudah mencuba untuk menyempurnakan nyanyian Nai tetapi apakan daya, setakat itu sahaja yang mampu mereka bantu. Apa-apa pun, salute pada team Leman Band kerana sangat profesional dalam mengatasi masalah-masalah sebegini. Terus success Leman Band.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pennbasschannel, Tiktok Sooka Malaysia, Tiktok Gegarvaganza2024
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


