Artis / Selebriti
” Mata Nor jadi saksi kebaikan Abang. Terkilan jangan cakap.. ” – Khiriah
Perkongsian Noorkhiriah mengenai Allahyarham Jalil Hamid buat ramai tersentuh. Sebaknya baca, terkilan sungguh Khiriah tak dapat jumpa arwah buat kali terakhir..
Hari ini, dunia industri seni tanah air menerima perkhabaran duka apabila pelakon ternama, Jalil Hamid dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi. Pemergian seniman ini amat mengejutkan dan memberi kesan mendalam kepada para peminatnya.
Terbaru, menerusi tinjauan di akaun Instagram milik pelakon Noorkhiriah, telah dikongsikan titipan ucapan takziah buat Allahyarham Jalil Hamid. Menerusi perkongsian tersebut, Khiriah turut memuatnaik sedutan drama yang pernah dilakonkan bersama Allahyarham sebagai kenangan.
Khiriah mengakui bahawa dirinya menjadi saksi kepada kebaikan Allahyarham sepanjang hayatnya. Namun begitu, Khiriah turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Allahyarham buat kali terakhir sebelum pemergiannya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang turut memberikan pelbagai reaksi. Rata-rata mereka turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan berita pemergian Allahyarham pada hari ini. Dalam masa yang sama, ramai menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai seorang pelakon yang sangat disegani dan dikagumi.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Khiriah dan turut menitipkan doa buat Allahyarham Jalil Hamid. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tiba2 teringat hari tu uncle jalil hamid nyanyi semula lagu raya bersama anak dia dan dia kata mungkin ini yg terakhir .. Allahuakhbar terkejut dengan kehilangan seniman yg sangat hebat.. Cuaca hari ni pon sejuk jee.. “
” Semoga Allah merahmati arwah, muliakanlah kematiannya serta lapangkanlah kuburnya. Sesungguhnya kehidupan di sana adalah kehidupan yg kekal abadi. Semoga beliau ditempatkan dlm kalangan hamba-Nya yg bertaqwa. Aamiin.. “
” Terima kasih Seniman Jalil hamid daa menghiburkan zaman kanak kanak hingga remaja saya dengan drama drama astro dan paling best lagu raya tajuk RAYA paling best sekali.. “
” 1 Malaysia berduka.. Sosok lakonan seorang ayah sudah pergi.. Kita smua membesar dgn karya lakonan dan lagu2 arwah.. Al Fatihah semoga Allah ampunkan segala dosa2 arwah pak Jalil Hamid Aaminn.. “
” Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Salam takziah buat seisi keluarga. Semoga beroleh ketabahan & dipermudahkan segala urusan. Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.. “
” Terima kasih seniman legenda jalil Hamid semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.. “
” Ya Allah sedihnya..Innalillah. Org baik, mudah perginya. Semoga bertema di Syurga Allah Semoga Allah tempatkan roh almarhum di Syurga Firdausi.. “
Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga segala amal kebaikan yang dilakukan sepanjang hayatnya diterima dan menjadi bekalan di akhirat kelak. Al-Fatihah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG khiriah17
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

