Artis / Selebriti
” Mata masuk habuk tapi part last tu lawak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Janna Nick memberikan kejutan hadiah hari jadi untuk Dini Schatzmann raih perhatian ramai. Wah kereta idaman Dini lah, bukan biasa-biasa ni. Awal-awal buat ramai tersentuh, sampai part last berdekah gelak dengar ayat Janna. Habis lah Dini, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Janna Nick Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Janna Nick memberikan kejutan sempena ulangtahun kelahiran suaminya, Dini Schatzmann. Janna telah pun menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk Dini.
Menerusi video ini, Janna menunjukkan reaksi Dini ketika menerima hadiah tersebut. Mata Dini ditutup dengan kain dan ketika sampai ke showroom kereta, kainnya dibuka. Dini memberikan reaksi yang meruntun hati warganet. Jarang melihat lelaki menangis apabila mendapat hadiah.
Sebagaimana Janna, Dini juga seorang yang manja dan karakter mereka berdua banyak persamaannya. Ini antara faktor yang membuatkan warganet suka menonton video Janna dan Dini. Nampak manja dan mengada-ngada tetapi mengada-ngada yang boleh diterima oleh warganet.

Rupa-rupanya Dini malu kerana ramai orang yang melihat mereka ketika itu. Sebelum mengakhiri video tersebut, Janna sempat mengingatkan Dini mengenai hari ulangtahun kelahirannya yang akan kunjung tiba dalam 4 bulan lagi. Dari muka happy terus berubah wajah Dini, hehe
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@jannanickofficial nah surprise paling AWKWARD! reaction ending tu lagi sampai terkejut dia🤣
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wowwwww. alhamdulillah. Fuh land rover defender tu.. muga murah rezeki lg buat janna n hubby.. Aamiin.. Dia 2 org ni mmg diciptakan hidup sama2. complete each other.. “
” Mana tau lagi 4 bulan time birthday Jannah Allah hadirkan malaikat kecil dalam rahim jannah masa birthday jannah nanti .. Aamiinx3.. “
” Ni kalau dpt suprise Jana preggy macamana la reaction Dini agaknya. Maybe nangis tersedu2. Semoga dikurniakan baby soon untuk korang berdua. Saya doakan. Aminnn.. Bdy i lagi 4bulan tu yg paling win.. “
” Perempuan ni, kalau lelaki pandai menghargai, bukan setakat kereta je dia blh bg. Nyawa pun boleh jd taruhan. may this couple love lasting 4ever.. mata masuk habuk, tp part last tu lawak haha.. “
” “Birthday i lagi 4bulan tau” hahah terus seram Dini.. Ni.. kalau anak masuk sekolah.. mcm mana pulak.. Semoga depa dua ada rezeki anak kembar.. “
” Den nengok aksi janna nick, den trharu. nangih den. hubby dia nangih.. saya tengah pregnant, saya doakan Birthday Janna nanti, Janna dapat surprise precious baby yang Janna & Dini tunggu.. “
” Yeee, reaction last tu palingggg best sebenarnya haha.. “besday I lg 4 bulan tau” habislah dihantui.. “
” Tak paham, aku pun ikut nangis.. padahal biase je nyah haha.. perasaan sayang dan penghargaan tu sampai kat penonton. Semoga Janna dan Dini kekal bahagia hingga ke hari tua dan jannah. Aminnn.. “
Tumpang gembira warganet melihat video Dini dan Janna ini. Reaksi Dini sampai menangis itu comel sangat tetapi yang lebih comel reaksinya apabila Janna memberitahu hari lahirnya 4 bulan lagi. Entah apa lah kejutan yang akan Dini buat untuk Janna nanti. Apa-apa pun, semoga berbahagia selalu Janna dan Dini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


