Artis / Selebriti
” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al Qarni menyertai pertandingan Azan di sekolahnya raih pujian warganet. Alahai, sedap sungguh laungan Azan daripada Uwais..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, pasti mengetahui bahawa Shuib sering berkongsi mengenai anak-anaknya di media sosial. Malah, antara yang sering menjadi tumpuan warganet adalah anak sulungnya, Uwais Al Qarni yang semakin membesar dan mencuri perhatian ramai.
Uwais dilihat sebagai seorang anak yang agak pemalu. Namun di sebalik sifatnya itu, Uwais sebenarnya memiliki bakat yang terpendam. Ramai yang menyedari bahawa Uwais mewarisi suara merdu arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Setiap kali Shuib berkongsi video nyanyian Uwais, pasti ruangan komen dibanjiri pujian daripada warganet.
Terbaru, perkongsian Shuib sekali lagi mencuri perhatian setelah Shuib memuatnaik sebuah video memaparkan Uwais menyertai pertandingan azan di sekolahnya. Menerusi video tersebut, Uwais kelihatan tenang dan penuh keyakinan ketika melaungkan azan dan membuatkan ramai yang kagum dengan keberaniannya.

Apa yang lebih menyentuh hati, alunan suara Uwais yang lunak dan jelas itu seakan-akan mengingatkan ramai kepada arwah ibunya. Tidak hairanlah jika rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan terharu, selain memuji bakat serta didikan yang diberikan oleh Shuib kepada anak-anaknya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. Lemak btl suara Uwais.. Mesti arwah ibu bangga….Tahniah anak.. Semoga menjadi anak yg soleh dunia akhirat.. “
” Family telan cassette ke abg Shuib, hehe.. Semua suara merdu merdu ni.. Kita yang dengar pun rasa terbuai2.. “
” MasyaaAllah… Hebat Uwais.. Such a beautiful Azan.. Congratulations Uwais.. Moga terus menjadi anak yang soleh.. “
” Masyallah.. Merdunya suara uwais.. Daddy ibu n mummy mesti bangga dgn anak yang soleh ni, aminnnnnnnn.. “
” Mengalir terus pahala ke pusara arwah Ibu. Subhanallah… Merdu sangat2 suara Uwais azan tu.. Terbaik lah.. “
” Sedapp suara mendayu2, sekali dengar dah macam laungan azan arwah P. Ramlee dalam satu filem, tak ingat lah.. “
” Alhamdulillah, anak yang berani dan soleh.. Pasti arwah ibunya bangga tengok anak sulungnya mcm ni.. “
Perkongsian tersebut bukan sahaja mencuri perhatian, malah turut menyentuh hati ramai. Apa-apa pun, semoga Uwais Al Qarni terus membesar menjadi anak yang membanggakan keluarga dan sentiasa dilindungi serta diberkati dalam setiap langkah hidupnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

