Artis / Selebriti
” Masya Allah, sedih sangat. Tak tergambar suasana pagi raya Amyza sekeluarga.. ” – Komen Netizen
Video luahan hati Amyza Aznan menyambut hari raya Aidilfitri tanpa anak sulungnya, arwah Andre Mikhail buat warganet sebak. Sedihnya dengar kata-kata Amyza, touching sangat..
Umum mengetahui yang Amyza Aznan diuji apabila anak sulungnya, Andre Mikhail pergi buat selama-lamanya sekitar pada bulan Februari yang lalu. Andre yang mengidap kanser paru-paru kembali ke pangkuan Ilahi setelah setahun berjuang melawan sakitnya itu. Ianya satu tamparan yang hebat untuk Amyza dan keluarga.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Melodi TV3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amyza tampil di sambutan rumah terbuka Melodi. Banyak yang dibicarakan dan salah satunya perihal sambutan hari raya Amyza sekeluarga tahun ini.
Kata Amyza, suasana hari raya mereka sangat berbeza berbanding tahun lalu. Kehilangan Andre masih dirasai, namun memandangkan ianya adalah hari raya, Amyza perlu juga menggembirakan dirinya demi anak-anaknya yang lain. Raya tetap disambut dalam keadaan yang berlainan.

Sambil menahan sebak, mengalir juga air mata Amyza sewaktu menyebut nama Andre Mikhail. Amyza sendiri tidak menyangka, tahun ini akan beraya tanpa Andre. Takdir Allah sudah menulis itu kesudahan hidup Andre dan sebagai seorang ibu, Amyza redha dengan segala ketentuan Allah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macamana kak kepom iamellymazlein boleh maintain in character eak kalau aku jadi dia mesti dah melalak2 dah tengok Amyza mcm tu depan2, patutlah aku tak boleh jadi pengacara tv mcm kak lina.. “
” Sangat sedih… saya telah alami situasi ini…biarkan mendong berlalu pergi..akan mengambil masa..tapi akan ok jua nanti demi anak anak n suami tercinta.. “
” Ya Allah kuatnya insan yg bernama amyza ni moga Allah angkat setinggi² darjat nya.. Betul org yg kehilangan dia akan bersedih sepanjang masa… cuma tutup dgn rasa happy bila ada lagi yg menyanyagi di sisi.. “
” Ya Allah sapa yang pernah melaluinya saja yang memahaminya ya Allah berikanlah kekuatan buat insan yang bernama ibu ni amyza ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah insyaallah semoga Allah permudahkan segalanya.. “
” Masyaallah… sedih sangat.. AL Fatihah buat arwah Andre Mikail.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman Aamiin.. “
” Ya Allah tak tergambar suasana pagi raya Amyza sekeluarga. tentu pilu dan rasa yang bercampur baur, kurang seorang ahli keluarga. Semoga Arwah tenang di sana. Menangis tengok Amyza menahan air mata tu.. “
Kesedihan yang terpaksa disembunyikan di sebalik senyuman. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari raya yang cukup berbeza untuk Amyza sekeluarga. Semoga Amyza terus kuat demi suami dan anak-anak. Al-fatihah untuk Andre Mikail, tenang lah di sana tanpa ada lagi kesakitan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meloditv, ig Amyza Aznan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Family yang semua boleh menyanyi. Betul-betul ada darah seni suara.. ” – Komen Netizen

