Artis / Selebriti
” Masya Allah Bilal, sebutan ‘ haqqq’ tu comelnya dengar.. ” – Netizen
Video Anak Neelofa, Muhammad Bilal Menyambung Bacaan Surah Al-‘Asr Buat Ramai Kagum. Masha Allah Bilal, Sebutan Tu Comel Sangat. Jelas Betul Bunyi Qalqalah Dia !!
Anak sulung kepada pasangan Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal seringkali menjadi tumpuan warganet. Bilal memiliki wajah yang comel dan ini menjadi salah satu tarikan warganet kepadanya. Selain itu, kebolehan Bilal menyambung bacaan surah-surah lazim yang dibacakan oleh Uminya juga mengagumkan ramai orang.
Neelofa pernah mendedahkan anaknya ini sudah dapat mengingati surah-surah ringkas. Tambahan lagi Neelofa dan Haris banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada Bilal sejak Bilal masih di dalam kandungan lagi sehingga lah usia Bilal sekarang.
Meninjau akaun Tiktok Harisneelofa, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Bilal duduk bersama Haris. Tertera pada gambar tersebut mengatakan Bilal meminta Haris menuliskan surah kegemarannya iaitu surah Al-‘Asr.

Turut sama dikongsikan di akaun Tiktok Naqiazizan, suara Bilal menyambung bacaan Neelofa. Pada waktu itu, Neelofa membacakan surah Al’ Asr dan Bilal melengkapkan hujung bacaan setiap ayat dalam surah itu. Sedap suara Bilal dan sebutannya juga jelas.
Jom tonton video di bawah :
@harisneelofa MasyaAllah Bilal. Anak soleh kebanggaan umi abah ❤️ #littlenunha #neelofaharis
@naqiazizan BILAL PANDAI SAMBUNG SURAH. JOM AJAR ANAK-ANAK KITA JUGA JOM #BILAL #NEELOFA #bilal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Geramnya dengar suara Bilal.. Sedap suara dia tu.. dah lah muka handsome, bijak pulak tu.. pakej betul lah Bilal.. ”
” Masya Allah Bilal, sebutan ‘ haqqq’ tu comelnya dengar. Alhamdulillah anak soleh umi abah Bilal ni.. ”
” Comel dan bijak, terang hati Bilal ni. Comel dengar sebutan Bilal tu.. jelas dan terang betul.. Alhamdulillah.. ”
” Pandainya anak soleh abang Bilal sayang ni. Bijak sebab hari hari dalam kandungan mak ayahnya baca bagi dia dengar.. ”
” Pandainya Bilal mengaji, Alhamdulillah.. geram dengar suara Bilal ni. makin besar makin tunjuk kepandaian dia tu.. ”
” Cerdiknya abang long Bilal ni.. sejuk hati dengar suara Bilal sambung ayat alquran macam tu. pandai umi latih bilal.. ”
” Baru setahun jagung dah pandai lah Bilal. boleh jadi hafiz besar nanti ni. suara pun sedap dengar, sebutan dia jelas nyata betul.. ”
Alhamdulillah dari usia kecil lagi Bilal sudah mencintai Al-Quran. Amalan yang dilakukan oleh Neelofa ini boleh dijadikan panduan untuk semua ibu bapa lain untuk melatih anak cintakan Al-Quran. Semoga Bilal menjadi anak yang soleh dan kebanggaan umi abah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Harisneelofa, Tiktok Naqiazizan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

