Artis / Selebriti
” Masha Allah bijak sungguh la Bilal ni. Celik hati, kecil-kecil lagi dah mengenal huruf.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal mengaji raih pujian warganet. Alahai terang hati betul lah Bilal ni. Laju betul baca, pandai sangat. Suara tu pun comel sungguh..
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Pasangan ini telah pun dikurniakan dengan 2 orang cahayamata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok seorangnur, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulung Neelofa, Bilal sedang mengaji. Kelihatan dalam video ini, buku yang tertera huruf hijaiyah yang lengkap dengan baris digunakan sebagai medium untuk Bilal mengaji.
Walaupun Bilal baru berusia 3 tahun, namun Bilal sudah boleh mengenal dan membaca huruf-huruf tersebut dengan baik dan lancar. Laju sahaja Bilal menyebut satu persatu huruf yang tertulis. Bacaan Bilal ini membuatkan warganet teruja dan mereka memuji kepandaian Bilal mengaji.

Tidak hanya mengenal huruf, malah sebelum ini juga Neelofa pernah berkongsikan bagaimana Bilal menyambung bacaan ayat surah-surah lazim yang sudah pun diingati oleh si kecil ini. Sejuk hati mendengar bacaan Bilal yang lebut dan tersusun itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@seorangnur MasyaAllah Abang Bilal 🥰🦋 Abbas pun nak jugak 😂 #neelofa #harisismail #nunha #bilal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Clever boy.. laju abg baca fasih dah tu hari² umi ajaq.. laju Abbas tarik tangan Umie dia.. nak manja juga la tu.. “
” Masha Allah bijak sungguh la Bilal ni.. celik hati, kecik kecik lagi dah mengenal huruf.. comelnya suara bilal.. “
Sejak dari kecil sudah diasuh dan dididik untuk cintakan Al-Quran, hasilnya Bilal sudah mampu mengenal huruf kalam suci ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biar daripada rebungnya. Tidak mustahil Bilal boleh menjadi seorang hafiz apabila besar nanti.

Apa-apa pun, perkongsian ini menyunting semangat untuk para ibu bapa lain berusaha untuk memberikan ajaran agama yang sehabis baik utnuk anak masing-masing. Semoga Bilal membesar menjadi seorang yang bijak dan anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nur NLFH, IG Haris Ismail, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

