Artis / Selebriti
” Berdiri sebelah-sebelah memang serius nampak macam kembar.. ” – Komen Netizen
Video pertemuan Neelofa bersama Hawa Rizwana di rancangan MeleToP curi perhatian ramai. Bila Neelofa datang jumpa ‘kembar’ dia, wah nampak macam sama betul..
Meninjau di akaun Instagram MeleToP, sebuah video telah dikongsikan yang memaparkan Neelofa bersama suaminya menghadiri rancangan tersebut. Namun, perhatian warganet tertumpu pada saat Neelofa berborak mesra bersama pengacara rancangan itu, Hawa Rizwana.
Ramai yang mengatakan wajah Hawa tidak tumpah seperti Neelofa. Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka kelihatan seperti pasangan kembar. Bahkan, ada warganet yang berpendapat jika diberitahu Hawa dan Neelofa adalah adik-beradik, pasti ramai yang akan mempercayainya.
Selain itu, ada yang meluahkan rasa rindu ketika Neelofa masih menjadi pengacara MeleToP. Mereka berpendapat pilihan produser untuk menempatkan Hawa sebagai pengacara pengganti adalah tepat kerana Hawa dilihat memiliki personaliti yang seakan-akan sama dengan Neelofa.

Perkongsian video ini meraih perhatian warganet, ramai yang memuji keserasian kedua-dua pengacara ini. Penampilan Hawa yang yakin dan mesra penonton turut menambahkan keyakinan yang dirinya mampu mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Neelofa dengan baik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdiri sebelah-sebelah memang serius nampak macam kembar.. Hahaha dah macam kembar bertemu kembarnya yang terpisah.. “
” Klon Neelofa… Is Hawa.. Dah macam twin lah.. Neelofa versi dah jadi mak2.. Hawa versi Neelofa time anak dara.. “
” Bila Neelofa bertemu dengan ‘Neelofa’ , ahahahaha memang serupa.. Akhirnya Neelofa bertemu juga kembar seirasnya, hehe.. “
” Kembar seiras comel jugak diorg ni.. Kembar Hawa Rizwana ialah Neelofa.. Dua-dua cantik, dua-dua sopan dan manis.. “
” Dua2 lawa suka vibes Lofa dan Hawa.. Rindu lah Lofa jadi pengacara meletop dlu.. Hawa lah pengubat rindu kami dengan Lofa.. thanks meletop ambil Hawa ganti Lofa..
” Mata dan senyum nak sama.. Lofa dengan Hawa kalau kate twin pun orang percaya.. Sebab memang sebiji weh, hehe.. “
” Bertemu jugak akhirnya kembar, hehe.. Si kembar lain2 ibu bapa.. Cantik dua2nya.. Love sangat video ni.. “
Tidak ketinggalan, meskipun memakai purdah, kecantikan Neelofa tetap mendapat pujian ramai. Apa-apa pun, pertemuan empat mata ini antara moment yang dinanti-nantikan oleh peminat kedua-dua selebriti ini yang ingin melihat persamaan wajah mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

