Artis / Selebriti
” Manjanya Tunku Zabedah dengan Tengku Muhammad. Sweet sangat.. ” – Komen Netizen
Video YAM Tengku Muhammad Menyantuni Ibu Saudaranya, YAM Tunku Besar Zabedah Raih Perhatian Ramai. Berkepit Je Tunku Zabedah Dengan Tengku Muhammad. Patut Lah Kena Cubit Hari Tu, Anak Saudara Kesayangan Rupanya, Hehe !!
Ketika Istiadat Berinai Pasangan Pengantin Diraja, YAM Tengku Puteri Afzan beberapa hari lepas, viral satu video yang memaparkan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad menyakat ibu saudaranya, YAM Tunku Besar Zabedah sehinggakan Tengku Muhammad dicubit oleh Tunku Zabedah.
Hubungan Tengku Muhammad dan ibu saudaranya ini sangat akrab dan ianya dapat dilihat sepanjang istiadat perkahwinan diraja berlangsung. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nrlulai6, telah dikongsikan satu video terbaru Tengku Muhammad bersama Tunku Zabedah.
Ianya terjadi ketika istiadat bersanding diraja dan Tunku Zabedah kelihatan tidak berenggang dengan Tengku Muhammad. Anakanda Sultan Abdullah ini pula anak yang baik budi pekerti dan tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Tengku Muhammad menyantuni Tunku Zabedah dengan cukup baik.

Menerusi video itu, dapat dilihat Tengku Muhammad membantu Tunku Zabedah untuk menaiki tangga dengan memberikan tangannya untuk dipaut oleh Tunku Zabedah. Rancak sahaja perbualan antara anak saudara dan ibu saudara ini, tentu banyak perkara yang diperkatakan oleh mereka berdua.
Jom tonton video di bawah :
@nrlulai6 Awww sweetnye Tengku Muhammad dengan auntynya🥹💙 YAM Tunku Besar Zabedah 🩷 #tengkuarifbendahara #tengkupanglimaperang
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Google gambar Tengku Zabedah masa muda, memang lawa orangnya.. Comel sangat tengku Zabedah ni..
” Kenangan manis Tengku Muhammad dan Tunku Besar Zabedah… dua-dua comel. mesti tengku zabedah aunty kesayangan anak-anak buah ni.. ”
” Terbaik Tengku Muhammad, mesti sayangkan auntie dan tunjukkan format kpd org tua. Sikap terpuji.. muka ikut ayahanda tapi perangai ikut bonda TAB.. ”
” Baik betul Tengku dgn makcik dia.. bagus tu.. sayangi mereka selagi mereka masih ada sebab kalau dah tiada nanti kita akan merindui mereka.. ”
” Dia suka menyakat aunty dia, sayang tu.. selalu macam ni makcik favourite anak-anak buah.. serasi betul makcik dan anak buah. manja.. ”
” Manjanya Tunku Zabedah dengan Tengku Muhammad.. siap kuis lagi tu.. macam merajuk pun ada… memang comel.. ”
” Sweetnya tengok Tunku Zabedah dan Tengku Muhammad ni. Mereka amat rapat dan saling sayang menyayangi.. ”
Seronok dan tumpang gembira warganet melihat keakraban antara Tengku Muhammad dan Tunku Besar Zabedah. Dek kerana itu juga lah Tengku Muhammad selalu menyakat Tunku Zabedah sehinggakan kena cubit baru-baru ini. Comel sahaja gelagat ibu dan anak saudara kesayangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nrlulai6
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

