Artis / Selebriti
” Manisnya muka anak dara Awie yang ni. Copy paste muka papa Awie sangat.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Gambar Ketika Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Perempuan Dato’ Awie, Puteri Qasseh Atasha Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Dan Bertambah Cantik Anak Dara Awie Sekarang, Macam Muka Awie Sangat !!
Umum mengetahui, Dato’ Awie mempunyai 5 orang anak daripada beberapa perkahwinan terdahulunya. 2 orang anak perempuan menerusi pernikahannya bersama Arni Nazira, manakala 3 orang anak hasil perkahwinan bersama Rozana Misbun. Menerusi perkahwinan dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pula, Dato’ Awie mempunyai seorang anak dan kini isterinya tengah hamil anak kedua.
Meninjau akaun Instagram Beto Kusyairy, telah dikongsikan gambar yang memaparkan Dato’ Awie bersama isterinya, Datin Sharifah Ladyana dan salah seorang anak perempuan, Puteri Qasseh Atasha. Bagi yang tidak tahu, Qasseh adalah anak Dato’ Awie dan Rozana.
Hari itu merupakan hari ulangtahun kelahiran Qasseh yang ke 14 tahun dan Beto dijemput untuk sebagai salah seorang tetamu Dato’ Awie. Beto menitipkan ucapan selamat hari lahir di ruangan kapsyennya untuk Qasseh dan berharap Qasseh akan menjadi anak yang baik dan membanggakan kedua ibu bapa.

Melihat wajah Qasseh, semakin terserlah persamaan wajahnya dengan Dato’ Awie. Pandangan mata dan senyuman manis yang serupa dengan papanya itu. Sekilas pandang, wajah Qasseh juga kelihaan seperti wajah abangnya, Merrah. Makin besar makin cantik wajah Qasseh.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Manisnya muka anak dara Awie yang ni. Makin besar makin cantik lah Qasseh. copy paste muka papa awie sangat.. happy birthday princess.. ”
” Happy birthday Qasseh.. insyaallah moga Allah SWT perkenankan doa amin.. Dato Awie handsome.. ”
Seronok Qasseh dapat menyambut ulangtahun bersama papa Awie tahun ini. Bagi yang mengikuti Dato’ Awie pastinya tahu, Qasseh sebelum ini tidak berjumpa dengan papanya lebih 8 tahun dan baru sahaja tahun lepas, Allah memperkenankan doa Dato’ Awie untuk bertemu Qasseh.

Pastinya tahun ini menjadi tahun paling manis dan bermakna untuk Qasseh dan Dato’ Awie. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Qasseh dan semoga segala impian serta cita-cita Qasseh dalam hidup tercapai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Beto Kusyairy, IG Ladyana Alqudree
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
