Artis / Selebriti
” Mana ada orang kahwin dalam masa 2 minggu. Tak tahu TP, dia mari angin gila dia.. ” – Madammu
 
																								
												
												
											Madammu kongsi gambar perkahwinannya raih perhatian ramai. Wah lainnya muka Madammu masa kahwin. Comel sangat, dagu tajam, baru buka braces katanya. Serius lah Madammu, 2 minggu je decide nak kahwin..
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri menujukkan album perkahwinannya telah meraih perhatian ramai. Jarang sekali Madammu berkongsi gambar ini.
Untuk rekod, Madammu telah mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Azri Che Noh yang merupakan seorang duda mempunyai tiga orang cahaya mata. Madammu berkahwin pada usia yang muda dan secara automatik bergelar seorang ibu.
Gambar pernikahan Madammu ini mencuri perhatian ramai kerana Madammu sangat cantik dengan persalinan pengantin berwarna putih. Pasangan ini sememangnya nampak sama cantik dan sama padan seperti pinang yang dibelah dua.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hasil perkahwinan Madammu bersama suaminya ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki setelah sekian lama menanti kehadiran cahaya mata sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@miss_tyra.94 Cantik gambar wedding madammu.. Tak puas tengok 😍 #noir #madammunoir #ladyofnoirmalaysia
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Madammu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cantiknya madamm mniss je..secantik hati madam mnerima suami ank2 seikhlas hati.. lain bebenor ya. thalia nga dayana sama je x brubah.. “
” Weh lain nya wajah madam masanih cantik betul jee tp lain.. istilah sebenar beautiful inside out.. madammu cantik sgt. MCM pompuan Thai ….TP pun hensem.. “
” Hopefully madam mu buat 1 buku utk rujukan ibu tiri yg baik & penyayang.. sama cantik sama padan…mmg sesuai sgt.. “
” Cantik patut la tpi sekrg nmpk lagi matang lagi mnawan.. Bagai pinang dibelah dua. sweet couple. Semuga jodoh till jannah.. “
” Lawanya madam masa ni.. cantik menawan juga.. bersanding lagi lah madam.. patut lah tp tergila madam,cantik betul madam.. “
” Lawanyaa madammu.. TP pn ensem nmpk muda.. smg kebahgiaan mereka hingga ke jannah.. cantek nya madm ngan TP sama cantek dan smart.. “
” Wahhh sesuai sngt mreka ..cntiknya madam x jemu mata memandang smpilh skrg ni tetap syntikk.. Cantik dan tampan pasangan ni.. “
Patutlah suami Madammu terpikat dengan Madammu kerana dari usia muda lagi Madammu cukup cantik dan menawan. Semoga ikatan perkahwinan yang termeterai ini berkekalan sehingga ke ahir hayat dan sentiasa bahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Misstyra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti15 hours ago Artis / Selebriti15 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
