Artis / Selebriti
” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
Video ibu dan ayah Amyra Rosli tidak dapat menahan tangisan ketika menerima hadiah kejutan daripada Amyra sempena Anniversary mereka. Wah, bukan biasa-biasa hadiah Amyra berikan. Terkejut betul ibu dan ayah Amyra..
Pelakon, Amyra Rosli sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen istimewa bersama ibu bapanya. Sempena meraikan anniversary mereka, Amyra menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai sejak kecil.
Amyra membuat kejutan tersebut di rumah ibu bapanya dengan membawa kereta baru tersebut betul-betul di hadapan rumah ibu bapanya. Sebelum tiba di sana, Amyra telah membuat panggilan video untuk mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat ibu bapanya.
Namun tanpa disangka Amyra muncul di hadapan mereka dengan memberikan kunci kereta dan hadiah tersebut sangat tidak disangkakan oleh ibu bapanya. Momen ini membuatkan ramai berasa sebak dan dapat dilihat ibu bapanya menitiskan air mata.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hadiah kereta itu bukan sahaja simbol kasih seorang anak, tetapi juga bukti bahawa kejayaan tidak pernah membuatkan Amyra lupa siapa yang membentuk dirinya sejak awal.
Jom tonton video di bawah :
Netizen di ruangan komen turut memuji sikap Amyra yang dilihat tidak pernah lupa ibu bapanya dan sentiasa mendahulukan keluarga. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ayah dia muka iras pelakon mami jarum tu la…siapa nama ye ..lupa dah ..tapi dia dah x de.. bagusnyaaaa berkongsi rezeki dgn ibu bapa Alhamdulillah terbaik amyra.. “
” Awhhh.. happy anniversary Uncle and Aunty! Much love to all of you. Semoga rezeki you melimpah Myra, doing all these lovely things for your parents.. “
” Alhamdulillah..semoga ganjaran yg baik2 buat Amyra didunia & akhirat nnt kerana membahagiakan ibubapa.. Bila nk ajak ronda2 kereta baru nie mama.. “
” Allahuakbar semoga Bahagia Hingga ke Jannah Amyra rosli dan suami juga,anak soleh solehah .. Semoga kekal hingga ke jannah.. “
” Alhamdulillah Amyra anak yang baik. Sebelum ni siapkan rumah mak ayah dengan duit titik peluh myra sendiri..jasa pada mak ayah membuatkan amyra selalu dimurahkan rezeki yang tak putus2.. “
” Alhamdulillah tahniah myra dpt hppy kn mama ayah semoga semakin berganda rezeki mira sekeluarga.. Doa mak tu yg mahal. X ada bandingan dgn apa pun.. “
” Suami amira ni baik sbb benarkan isteri berbakti pada mak ayah walaupun dah kawin & ada suami. tak mcm stgh suami tak suka isteri tolong keluarga alasan kena taat dia je. tu suami yg jahil tk phm agama.. “
Tindakan Amyra ini bukan sahaja mencerminkan keperibadiannya yang penyayang, malah mengingatkan kita bahawa kebahagiaan sebenar hadir apabila kita dapat membalas, walaupun sedikit, jasa orang tua yang membesarkan kita dengan penuh kasih. Semoga hubungan Amyra dan keluarganya terus dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang berpanjangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

