Artis / Selebriti
” Makin lawa lah anak dara ni, copy paste mak dia betul.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Anak Perempuan Dato’ Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Yang Ke 13 Tahun Cur1 Perhatian Warganet. Wah Dah Besar Qadejah, Dah Anak Dara. Cantik, Manis Dan Sopan !!
Bagi yang mengikuti perkembangan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida pasti mengetahui yang pasangan ini suka berkongsi video tentang kehidupan harian mereka. Hasil perkongsian hidup bersama, Dato’ Aliff serta Datin Shahida dikurniakan enam orang cahaya mata.
Meninjau di akaun Instagram anak perempuan Dato’ Aliff, Qadejah El Zahra telah dikongsikan beberapa gambar sekitar majlis sambutan hari lahirnya yang ke 13 tahun. Menerusi video itu, Qadejah atau atau lebih mesra dengan panggilan Cess oleh keluarganya kelihatan begitu cantik mengenakan busana berwarna putih.
Selain Qadejah, Datin Shahida juga turut berkongsi video sekitar majlis tersebut. Seloroh Datin Shahida di ruangan kapsyen mengatakan yang baju yang dipakai oleh Qadejah itu sebenarnya adalah bajunya. Datin Shahida turut menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya itu.

Perkongsian ini telah mencur1 perhatian warganet. Ada yang memuji kecantikan Qadejah dan menyukai penampilan sopan anak dara Dato’ Aliff Syukri ini. Sehingga kini, video dan gambar sambutan hari lahir Qadejah menerima puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen ramai yang mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Qadejah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Makin lawa lah anak dara ni, copy paste mak dia betul.. 13 thn dah cantik syg nak tnggu 18 tahun.. Ya Allah ini bidadari.. “
” Aunty tiga belas tahun, pipi berbelang dik dah tua muka naik jeragat pula, hahaha.. Cantik betul anak dara Dato’ Aliff ni.. Terpegun tgk.. “
” Alhamdulillah pretty.. Selamat hari lahir.. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki berjaya di dunia di akhirat dipermudahkan segala urusan.. “
” Happy birthday Cess.. I know your english so fluent so good, but can try to speak a lil slower. this makcik a bit struggle trying to catch up your words, haha.. “
” Sannah Helwah Anakanda Qadejah.. Semoga Menjadi Anak Yg Solehah … Penyejuk hati mama dn abah ya.. MasyaAllah makin cantik Qadejah.. “
” Didikan yg baik. Cntik nyee. Laju nau dia speaking. Terbaik. Anak yg hebat & solehah penyejuk untk ibuayah. Insyaallah berjaya dunia akhirat.. “
” Happy birthday Cess semuga terus menjadi suntikan semangat untuk mama dan abah meniaga, terus kuat dan tabah harungi hidup sebagai gadis remaja popular.. “
Pejam celik, pejam celik sudah besar anak dara Dato’ Aliff ni. Malah Qadejah juga aktif membantu kedua orang tua menjalani perniagaan. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Qadejah. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi olehnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qadejah_terlajaklari, shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



