Artis / Selebriti
” Macam ni rupanya bila Ammar excited yer. Berbaloi Amayan kena paksa buat konten dengan abah.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida buat kejutan kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan dengan menghadiahkan sebuah kereta sport. Wah pertama kali tengok muka Amayan betul-betul teruja, happy sungguh Amayan dapat kereta..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida dan suaminya, Dato’ Aliff Syukri membuat kejutan istimewa kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan. Menerusi video itu, Datin Shahida serta Dato’ Aliff menghadiahkan sebuah kereta sport kepada Ammar.
Tulis Datin Shahida, memang dari awal lagi dia dan suami mahu membelikan kereta untuk Ammar kerana Ammar sekarang sudah pun memiliki lesen kereta. Selain itu, dengan adanya kereta, akan memudahkan lagi Ammar untuk pergi ke kolej.
Namun apa yang menarik adalah melihat reaksi Ammar yang begitu teruja dan terkejut setelah melihat kereta barunya itu sudah pun ada di hadapan rumah. Bukan itu sahaja, Ammar juga terus memeluk kedua ibu bapanya dan wajahnya tak henti-henti mengukirkan senyuman.

Di akhir video, Dato’ Aliff dan Datin Shahida turut memberikan sedikit nasihat kepada semua anak-anaknya. Sehingga kini, video Ammar menerima kejutan daripada Datin Shahida serta Dato’ Aliff telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa gembira melihat Ammar telah menerima hadiah istimewa daripada kedua ibu bapanya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Macam ni rupanya bila Ammar excited yer. Kita pun rasa seronok sekali tengok Ammar tau. Tahniah Ammar, dapat dapat kereta idaman.. “
” MashaaAllah Tabarakallah Alhamdulilah.. Tahniah YB Ammar dah ada kereta baru.. So happy tengok Ammar happy mcm ni.. “
” He deserves it .. Anak sulung ni lah saksi mak ayah start niaga dari bawah dan ade pd wktu susah.. Jaga diri Amayan .. Semoga sentiasa jd anak soleh.. “
” Masha Allah… Seronoknya tgk rezeki Puan sekeluarga.. Alhamdulillah… Igt pesan Mama n Papa tu Amar… Jgn tggl solat, sentiasa bersyukur & sentiasa humble tunduk ke bumi.. “
” Berbaloi tau Amayan kne paksa buat konten dgn abah… Sekali abah bg kete baru laaaa…Tahniah Amayan, acik tumpang bangga dengan Amayan.. “
” Woww, lepasnie dalam live puji Papa Mama aje nie, hehehe.. Anak yang baik, beruntung Dato Datin dan Amayan.. Alhamdulillah.. “
” Baru la nampak Amayan betul betul happy kat sini.. Anak sulung ni saksi mak ayah susah senang.. Semuanya bermula dengan anak sulung… Tahniah Amayan.. “
Betul lah apa yang dikatakan oleh warganet, pertama kali melihat wajah Ammar sangat teruja dan seronok setelah menerima kejutan istimewa daripada kedua ibu bapanya. Apa-apa pun, tahniah Ammar, semoga terus menjadi anak yang baik dan soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


