Artis / Selebriti
” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
Video Hadie menyantuni ibunya, Ina Naim buat ramai tersentuh. Hadie betul-betul meratukan ibunya. Anak soleh hasil didikan arwah Suhaimi, Alhamdulillah..
Satu demi satu rezeki Hadie datang selepas tamatnya Talk To My Manager. Selepas bekerjasama dengan pihak Sugeh Resort, terbaru Hadie tampil dalam video untuk butik kasut Ijmal pula. Tidak putus rezeki Hadie dan ianya takdir Allah yang sudah tertulis dalam hidup Hadie.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie FC ( kelab peminat rasmi Hadie ), telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan Hadie mempromosikan kasut Ijmal. Lakonan anak dan ibu ini kelihatan natural sahaja dan tidak kayu.
Baik dalam lakonan, mahu pun realiti sebenar, Hadie sememangnya anak yang baik dan sering meratukan Ina. Cara Hadie melayan ibunya menyentuh hati warganet. Sejuk mata memandang apabila Hadie memakaikan kasut ke kaki Ina, penuh kelembutan dan rasa kasih terhadap ibu tersayang.

Betapa beruntungnya Ina kerana dikurniakan oleh Allah anak sebaik Hadie. Sejak ketiadaan arwah Suhaimi, Hadie menjaga dan melindungi ibu dan adik-adiknya. Memetik komen warganet, beruntung lah siapa yang dapat memiliki Hadie. Lelaki yang baik dapat dilihat dari cara dia menyantuni ibunya dan Hadie berada dalam kategori tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@hadiefc Santuni ibumu kerana disitu syurgamu. ❤️ #Hadie #inanaim #ibu #ijmalshoes @Ijmalofficial #ijmal
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aduh nak buat menantu anak kecik lgi,baru nk masuk 4 taon hahahha… xpe laaa,moga dtemukan jodoh yang baik,solehah,sopan dan penyayang.. “
” Setiap kali tengok Hadie menyantuni ibunya, hati ni autometik rasa terharu dan Sebak . Semoga Hadie terus jadi anak soleh.Berjaya di dunia & alhirat. Àmiin.. “
” Masya Allah kurniaan Allah, seronok ibunya.. Dah warga emas tak pernah dpt layanan seperti ina. untung ina ada anak soleh macam hadie ni.. “
” Alhandulilah anak Syurga,Tahniah Ina Naim memiliki anak seperti nak Hadie. Muda-mudahan jadi ikutan anak² remaja sebaya dan anak remaja dewasa.. “
” Atas didikan arwah SS anak anak kuatkan agama… muka anak yang soleh lembut je ait muka hadie.. Alhamdulillah anak yang baik.. semoga murah rezeki selalu Hadie.. “
” Beruntung Ina, dapat anak soleh.. sejuk hati ibu.. contoh calon suami memuliakan ibu.. semoga hadie berjaya di dunia dan akhirat.. “
” Santuni ibumu Hadie.. semoga Allah memberi rezeki yg melimpah ruah buatmu anak.. untungnya dapat anak lelaki macam Hadie. Macamana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. “
Sejuk perut ibu mengandung ada anak soleh yang meratukan ibu seperti Hadie. Semoga Hadie terus menjadi anak yang soleh, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berjaya mencapai cita-cita Hadie untuk menjadi penyanyi yang berjaya seperti arwah ayah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadiefc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

