Artis / Selebriti
” Macam mana nak percaya, puasa pun tak pernah. Win part tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri kongsi cerita disuruh datang ke set walaupun baru lepas eksiden. Alahai kesiannya Bell, sampai tahap tu Bell kena hadap. Diorang tak percaya katanya. Sedih dengar cerita Bell, tapi diselit kelakar kat situ, hehe..
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri bergandingan bersama Fattah Amin untuk menjual satu produk minuman berasaskan kesihatan menerusi live di Tiktok. Bell bersama founder dan team Rissa juga meluangkan masa untuk duduk bersama berehat sambil berbual pelbagai isu.
Untuk menjadi artis ini tinggal mat1 sahaja yang tak perlu datang shooting, itu yang dikatakan oleh Bell. Ada satu peristiwa di mana Bell mengalami kemalangan namun terpaksa datang juga ke set penggambaran kerana kru dan pengarah tidak percaya dengan kata-katanya.
Dengan badan yang penuh luka dan darah, Bell datang ke set dan baru lah semua percaya Bell benar-benar kemalangan dan tidak dapat meneruskan penggambaran. Keadaannya itu membolehkan Bell mendapat pelepasan untuk bercuti itu pun cuma untuk satu hari sahaja.

Seseorang di situ berseloroh mengatakan bagaimana orang hendak percaya kata-kata Bell kerana Bell sendiri tidak pernah berpuasa. Tergelak Bell mendengar ayat itu dan menjawab itu hanya lah di dalam filem. Dalam lawak mendengar cerita Bell, terselit juga rasa kasihan kepada Bell.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Dalam lawak ada juga kasihan dekat Abang Bell nih. Apa pun thank you sudi join #rissaskin #rissaskinxfattahamin dan gembirakan hati duta kita semalam 🫶🏻
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Macam mana nk percaya, puasa pon tak penah haha.. Win part tu, adui lawak betul kalau dengar Bell bercerita.. “
” Bell ngasri ni memang pandai menghiburkan hati orang.. Podcaster tolong jemput bell ni, sedap dia bercerita.. “
” Lawak part dia ckp”Mungkin aku kaki kencing sebelum ni” haha. Bell ni kalau nak tau pernah rawat ustaz Kazim Elias tau tak ustaz Kazim sendiri cerita .. nampak saja lawak macam tu ada kelebihan dia.. “
” Patut la adik-adik dia ckp dia jenis serious dlm keje. keje takde rehat. mcmmn nk prcaya, puasa pun tk prnah. aduuuuu menjiwai betul siapa yg ckp tu haha.. “
” Bell ni kuat bekerja. Dia ada bagitau yg dia jarang cuti. Cuti time sakit je. Itu pn keje jugak. Demi cari rezeki ye bell.. “
” Macam mana nak percaya.. puasa pon tak pernah.. berdekahh matt haha.. Lawak la dia ni, in real life’s pun cara dia bercerita.. kelakar.. “
” Bell ngasi kalau tak kelakar tak sah. Sedih sebenarnye cerita bell tu tp dia pandai twistkan jd lucu santai.. suka melawak ni mmg org susah nk percaya.. “
Bukan mudah untuk menjadi seorang Bell Ngasri, sakit pun perlu bagi bukti betul-betul sakit baru dapat pelepasan cuti. Tetapi itu lah asam garam yang perlu ditelan sebagai anak seni. Semoga Allah selalu mengurniakan Bell kesihatan yang baik, dijauhkan dari sebarang penyakit dan terus awet muda.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissaskin hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

