Artis / Selebriti
” Maafkan mummy, maafkan mak wahai anak-anak ku.. ” – Bonda Rozita
 
																								
												
												
											Bonda Rozita Ibrahim kongsi video kenangan raya bersama anak-anak tahun lalu meruntun hati warganet. Sedih dengar kata-kata semangat anak bongsu Bonda tu. Luahan hati Bonda pun merobek jiwa, terasa pedihnya hati seorang ibu..
Teka-teki warganet mengenai status perkahwinan pengasas kosmetik dan produk kesihatan, Bonda Rozita Ibrahim akhirnya terjawab apabila anaknya mengesahkan Bonda Rozita sudah pun kembali bergelar isteri. Banyak yang dipendam oleh Bonda Rozita dan segalanya diluahkan dalam perkongsian terbarunya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bonda Rozita, telah dikongsikan video kenangan Bonda Rozita menyambut hari raya bersama anak-anaknya tahun lalu. Video ini lah yang Bonda Rozita sebut pada perkongsian terdahulunya. Moment di mana anak bongsunya sendiri yang memberikan kata-kata semangat untuk Bonda Rozita.
Membaca luahan hati Bonda Rozita mengenai dugaan hidupnya membuatkan hati warganet tersentuh. Bonda Rozita pada luarannya kelihatan gembira, namun dalam hati, emosinya juga terganggu. Kata Bonda Rozita, dia juga insan yang lemah dan memohon bantuan daripadaNya.

Tiada orang yang berkahwin untuk bercerai, namun semuanya sudah ketentuan Allah. Setiap orang ujian hidupnya berbeza-beza. Beruntung Bonda Rozita kerana semua anak-anaknya memahami dan mereka juga mahukan yang terbaik untuk Bonda kesayangan mereka itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Tiada manusia yg berkahwin ingin berpisah. Mental health is very important bonda. Tahniah kerana anak2 semuanya positif. Tahniah kerana berjaya mendidik anak2 sehingga mereka menjadi pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan di dunia.. “
” Sungguh matang kata2 ank bongsu bonda… semua org bergak bahagia, kenapa nk bertahan dlm hubungn yg tk bahagia. Sya pun bcerai dan berkahwin lagi lepas tu.. “
” Aduhh.. Mata saya masuk habuk Bonda.. Fi amanillah yer Bonda semua.. Allahhumma Solli wasallim ala Rasulillahhh.. “
” Dont worry bonda . Kita semua ada jalan hidup masing2 . Teruskan perjuangan bonda jdi ibu yang baik untuk anak2.. “
” Masya Allah… sy percaya bonda punya anak2 yg baik2 karena bonda didik anak2 bonda dgn didikan agama yg baik.. sangat terlihat mereka sayang dan taat pd bonda… so proud of you bonda.. “
” Kenapa saya yang nangis.. sangat sangat bermakna bila anak bagi kata kata semangat macam ni. kekuatan seorang ibu adalah anak².. kuat anak maka kuatlah seorang ibu.. “
” Kata kata yang bagus dari seorang anak. Bahasa melayu ke english ke yang penting apa yang disampaikan amat bermakna.. “
Anak-anak kekuatan seorang ibu, sekuat mana pun seorang ibu, ada masanya akan rebah juga kerana hidup tidak semuanya indah sebagaimana yang diimpikan. Yang lepas hanya sejarah yang akan mengajar erti kehidupan. Semoga Bonda Rozita sentiasa diberikan ketenangan hati dan berbahagia selalu bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
