Artis / Selebriti
” Lucu la, meledak Tiara bahagian menambah perisa. Lagi Tiara lagi, padu Tiara bagi, haha.. ” – Komen Netizen
Video Achey menyahut cabaran untuk meminta izin keluar ride secara tiba-tiba daripada isterinya, Anne buat ramai terhibur. Belum sempat mukadimah, Tiara dah kantoikan dulu. Berapi telinga Achey dengar Anne membebel, Tiara pulak menambah perisa. Ending yang cukup sadis, haha..
Meninjau entry di akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Achey menyahut cabaran salah seorang warganet untuk dia meminta izin daripada isterinya, Anne ingin keluar ride secara tiba-tiba. Cabaran ini disahut dengan penuh yakin oleh Achey pada awalnya.
Belum sempat Achey membuka mulut, anaknya Tiara sudahpun berbisik memberitahu dia sudah kena rotan dengan mamanya. Mendengar ayat rotan, Achey membatalkan hasratnya untuk meminta keluar ride namun Anne terdengar bisikan Achey dan Tiara.
Anne seperti sudah dapat menghidu apa yang Achey ingin katakan. Tiara pula spontan memberitahu mamanya yang ayah ingin keluar ride lagi. Anne tidak memberikan peluang dan membebel panjang apabila mendengar perkataan keluar ride.

Kata Anne, baru sahaja pulang dari ride dan tinggalkan dia dan Tiara selama seminggu, sekarang mahu keluar ride lagi. Tiara pula menambah-nambah lagi ayat mamanya. Lawak dan geli hati warganet melihat reaksi wajah Achey apabila anak dan mak bergabung membebel. Misi Achey gagal nampaknya kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha win, siapa yang untung dekat sini ? Tiara haha.. last tu keluar beli ice cream ke apa haha.. “
” Lagi Tiara lagi.. tambah lagi Tiara, tambah lagi.. auntie sokong dari jauh haha.. masak telinga ko bang haha.. “
” Belum belum ada mukadimah, tiara dah cakap dulu nak pergi ride haha.. Ahli mesyuarat tingkap kena tarik telinga haha.. “
” Bawak tiara aje mmg dia bising bang… cuba bawak dia sekali, kompom dia ajak ride pusing Semenanjung bang haha.. “
” Pecah lobang awai bang haha.. Tiara cukup punya baik jadi batu api oiii haha.. Bijak Tiara menangguk di air yang keruh.. “
” Pegh… comel je tiara buat laporan papa kat mama dia.. Ride jugak tu bang, janji naik motor biar lah dengan tiara je.. “
” Pecah lobang, padan muka kena marah haha. Ending yang cantik.. sori bang, adoi lah tergelak tengok muka frust tu haha.. “
” Abang silap la, dah sah sah tiara geng mak dia haha.. lucu la, meledak tiara bahagian menambah perisa. Lagi Tiara lagi padu Tiara bagi.. “
Silap besar lah Achey terpedaya dengan Tiara, rupanya Tiara lagi panaskan line. Berapi Anne membebel dan Tiara menambahkan lagi amarah mamanya itu. Terhibur sungguh warganet melihat telatah Achey dan Tiara itu. Bertabahlah Achey, akhirnya dapat juga keluar ride tetapi bersama Tiara, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


