Artis / Selebriti
” Loading terus otak makcik anak oi, dengar kuih yang kau sebut tu, haha.. ” – Netizen
Video anak perempuan Dato’ Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra berkongsi nama kuih kegemarannya di hari raya buat ramai terhibur. First time dengar nama kuih macam tu. Sekali Datin Shahida pun gelak kuat dengar Qadejah cakap, haha..
Pastinya ramai yang mengenali usahawan berjaya iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid. Pasangan ini dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu empat orang lelaki dan dua orang perempuan. Anak-anak mereka semuanya kacak-kacak dan cantik-cantik belaka.
Meninjau di akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah anak perempuannya, Qadejah El Zahra bercakap. Menerusi video itu, Qadejah atau lebih mesra dengan panggilan Cess bercerita mengenai kuih kegemarannya pada hari raya.
Cara Qadejah yang tidak berapa fasih berbahasa Melayu membuatkan ramai terhibur. Bukan itu sahaja Qadejah juga tersilap menyebut nama kuih. Pada awalnya Qadejah mahu memberitahu yang kuih kegemarannya adalah kuih seri muka, namun Qadejah menyebut ‘ kuih muka cantik’ .

Kedengaran suara Datin Shahida juga turut berdekah ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Qadejah tersebut. Sehingga kini, video Qadejah itu menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Reaksi muka Qadejah ketika sedang memikirkan nama kuih kegemarannya itu mencuit hati ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Loading terus otak makcik anak oi, dengar kuih yang kau sebut tu, haha.. Muka cantik tu Cess, nama kuih tu seri muka.. “
” Mcm anak sy, haha drpd pada.. Kpd .. A bit confuse utk dia.. Tp klu englishh superb.. Tu yg skrg dia kene byk buat latihan bahasa melayu.. English mmg auto dr kecik dh fasih tak tahu kenapa.. “
” Adik.. Ko makan kuih muka cantik masa hari raya.. Haha kuih seri muka tu pagi2 kat tepi jalan pon ramai acik2 jual.. Senang jaga betul ko ni.. “
” First time dgr kuih nama muka cantik.. Hahaha nak tgok kuih tu Cess.. Cess macam datin masa muda dulu2 cuma versi org putih speaking.. “
” Cess.. Kuih seri muka tiap2 hari pun ade hehe heee.. Gurau2 k.. Practise make perfect.. Dah besar makin hari makin lawa Cess.. “
” Cesss seri muka setiap pagi ada cesss kalau hari raya biasa org jumpa kuih lain dari lain.. Seri muka org makan masa buka puasa or moreh.. “
” Muka cantik pun boleh yang. Hahaha comel nya jawapan dia bgi, hehe.. Sekali mak dia pun ketawa kuat tu.. Bertuah betul anak.. “
Boleh tahan kelakar juga Qadejah ini, spontan sahaja Qadejah bagitahu nama kuih tanpa berfikir betul-betul. Kapsyen Datin Shahida pun mencuit hati ramai, sengaja menyakat Qadejah. Apa-apa pun, semoga Qadejah menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

