Artis / Selebriti
” Lawanya bilik Jep, awesome dan tenang je. Bilik dia luas ruang tamu aku weh.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Perkongsian Gambar Hiasan Dalaman Bilik Tidur Di Rumah Jep Sepahtu Raih Perhatian Warganet. Wah Kemas Dan Teraturnya Bilik Jep, Luas Pula Tu. Siap Ada Mini Mihraj, Tenangnya Tengok !!
Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, pastinya warganet sudah dapat membayangkan karakter Jep yang kelakar dan penuh dengan jenaka itu. Untuk rekod, Jep mendirikan rumahtangga bersama Sariyanti dan dikurniakan dengan tiga orang anak. Kisah kehidupan Jep bersama Sari juga selalu menjadi perhatian warganet.
Meninjau akaun Facebook Jep Sepah Tu, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan hiasan dalaman bilik tidur di rumah Jep. Pemilihan warna dan perabut yang simple membuatkan bilik ini kelihatan menarik dan eksklusif. Kemas sahaja keadaan bilik Jep ini.
Pada ruangan kapsyennya pula tertulis ayat berbunyi ‘ My comfort zone ‘. Bilik Jep ini jika dilihat dari gambar memiliki ruang yang luas dan besar. Tidak hanya dilengkapi dengan katil, almari dan meja solek, bilik ini juga tersedia ruangan solat tersendiri.

Dapat dilihat, mini mihrab yang lengkap dengan rak yang tersusun Al-Quran dan buku-buku bacaan. Bukan hanya Jep yang tenang melihat suasana sebegini, warganet juga turut merasai ketenangan itu. Ada ruangan solat sebegini, lagi selesa untuk beramal ibadat.
Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah.. cantik mini mihrab dalam bilik jep.. rasa tenang je bila ada sudut sendiri untuk beribadat.. ”
” Masya Allah bestnya vibe macam ni. Syok ada mihrab dalam bilik, alhamdulillah.. my dream moga ada rezeki one day.. ”
” Cantiknya tempat solat.. Lawa bilik Jep, alhamdulillah.. my dream home space.. memang tenang lah kalau bilik macam ni.. ”
” Allahuakbar cantiknya deco bilik Jep.. best yee teringin nk ada macam ini Semoga ada reezki juga nk buat macam ni.. ”
” Lawanya bilik Jep, awesome dan tenang je. Beautiful mini mihrab in room. Creates peaceful vibe.. ”
” Bestnya kalau dapat tempat khas gini. Bilik dia luas ruang tamu aku weh, cantik betul bilik Jep ni.. mihrab tu cantik.. quality of living.. ”
” Sukanya tengok bilik Jep ni, cantik dan mendamaikan.. nak beribadah pun selesa. Alhamdulillah memang impian sangat nak macam ni.. ”
Alhamdulillah, rezeki Jep dapat memiliki bilik tidur sebegini. Memang ramai yang memasang impian untuk ada ruang solat seperti ini. Semoga semua pembaca yang membaca perkongsian ini juga dimurahkan rezeki dan berpeluang memiliki bilik tidur sebegini.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Jep Sepah Tu, IG Jep Sepahtu, IG Sariyanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
