Artis / Selebriti
” Lawa betul lah Bunga ni, cerdik pulak tu. Tang mata tu alahai, kita tengok pun suka.. ” – Netizen
Video Gelagat Bunga Elhaq Bersembang Dengannya Neneknya, Sheila Rusly Buat Ramai Geram. Alahai Comelnya Bunga, Dah Pandai Cakap Sekarang. Cute Sangat Suara Tu. Kecil-Kecil Lagi Dah Cantik !!
Diam tak diam, cucu kesayangan pengarah dan penerbit Sheila Rusly, Bunga Elhaq sudah pun berusia 2 tahun. Anak kesayangan pelakon, Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy itu sering menjadi perhatian warganet. Elisya mahupun Sheila dan Jinggo sering berkongsi video Bunga di akaun Instagram milik mereka.
Terbaru menerusi Instagram Sheila, telah dikongsikan video bersama Bunga. Pada awal video, kelihatan Bunga sedang bermain Ipad sambil duduk di atas riba Jinggo. Untuk makluman, Sheila membahasakan dirinya sebagai Nanna dan Jingga pula membahasakan dirinya sebagai Dadda kepada cucu kesayangan mereka ini.
Sheila juga turut berkongsi moment saat menidurkan Bunga sambil menyanyi dan menemani Bunga sedang makan aiskrim. Perkongsian video oleh Sheila itu sebenarnya ingin mengubat kerinduannya kepada Bunga. Ramai yang turut geram melihat telatah Bunga yang sekarang sudah pandai bercakap.

Bukan itu sahaja, ada yang terpersona melihat kecomelan Bunga. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai sudah besar Bunga, nampaknya sekarang Bunga sudah boleh menjadi teman sembang Nanna dan Dadda.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Sheila dan memuji kecomelan Bunga. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Cute betul dengar suara Bunga ni cakap, hehe.. Bunga ni versi baby comel, cantik dan sweet. Suka tgknya lah dia.. Besar dah dia.. Geram tengok.. “
” MasyaAllah cpt besar Bunga yg comel sungguh… Mcam baru nmpk masa baby… Time tido tu dh mcm anak saya, hehe terserlah mata cantik walau pejam.. “
” Comey sangaaaaaaaaat cucu sis. Moga membesar dgn sihat, cerdik, bijak, berakhlak & solehah serta bertaqwa ya Bunga Elhaq.. Manja Nanna betul ni.. “
” Sis doakan saya dapat anak girl suatu hari nanti. Nak sangat yang comel mcm Bunga hihi.. Dah besar budak comel ni, suara pun comel sangat.. “
” Comelnyer Bunga.. Cinta hati daddy, mommy, dada,& nana.. Dada ikut tido nyenyak coz suara nanna sedap sgt.. Cute sangat tengok dia makan aiskrim.. “
” Lawa betol lah Bunga ni.. Cerdik pulak tu.. Tang mata tu alahaiii, kita tengok pun suka.. Bunga besar nanti jadi anak yang baik ya sayang.. “
” Bijaknya cucu sis Sheila Rusly.. Bunga kenapa comel sangat ni.. Muka memang copy paste nanna betul.. Dah besar dah dia sekarang, hehe boleh jadi peneman dada n nana.. “
Siapa yang tak sayang cucu, ini kan pula cucu sulung yang dinanti-nantikan sejak dahulu. Bunga sememangnya membawa kebahagiaan kepada seisi keluarga. Apa-apa pun, semoga Bunga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


