Artis / Selebriti
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
Video Anak Adira Suhaimi, Anggrek membuat persembahan sempena hari merdeka di sekolah buat ramai terhibur. Ami dah pesan siap-siap jangan joget sangat sebab lagu patriotik. Sekali Anggrek berjoget sakan atas pentas. Terkejut semua, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Adira Suhaimi, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Anggrek menyanyi untuk pertandingan lagu merdeka di sekolahnya telah meraih perhatian ramai. Anggrek menyanyikan lagu berjudul Malaysia Baharu.
Adira turut berkongsi perbualan bersama Anggrek sebelum pertandingan tersebut. Menerusi perbualan tersebut, Adira tidak membenarkan Anggrek berjoget kerana menyanyikan lagu patriotik, namun sebaliknya berlaku kerana Anggrek begitu ligat berjoget di atas pentas.
Dalam pertandingan tersebut Anggrek mendapat tempat keempat. Nampaknya tidak sia-sia Anggrek berlatih dan berjoget di pentas kerana akhirnya dapat juga menerima hadiah. Menurut Adira, dia akan menghantar Anggrek ke kelas vokal kerana Anggrek sangat berani di pentas.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Anggrek mewarisi bakat nyanyian daripada ibunya yang merupakan seorang penyanyi. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Anggrek. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hahaha! Anggrek oh Angrek. Setitik pun kuah tidak tumpah, semua masuk ke dalam nasik ikut ami . credit utk confident level tahap dewa ke langit tujuh.. “
” Betul2 dia pulun mak dia wey. Menyala kakak . Ami ketepi ehhh. Kita fans kakak skrg ni . Mak i adira kot, I will gegarkan stage.. “
” Tahniah Kakak…pandainya dia nyanyi siap joget. Kita pun terikut tengok cara dia joget ikhlas. Layak jadi Juara sepatutnya. Costume pun stylo..cantik.. “
” Sebijik ami ni.. confident level tinggi.. suppose ni calon ke 9 talk to manager niii… boleh ke depan. Dia lagi kelakar dari kau bah hahahaha.. “
” MasyaAllah kakak punya level confident tu . anak makcik nak tanya orang tandas kat mana pun suara dalm tekak je nak .. “
” Rasa ami masa kecik2 mcmni juga kan apapun tahniah la anggrek berani perform bukan semua budak boleh buat.. “
” Ya Allah kakak awak ni lain macam eh semangat dia betul betul copy ami bagus kakak ami dah kalah.. Mak i adira kot haha jd confident kena lebih.. “
Anggrek boleh menjadi pelapis ibunya untuk menjadi penyanyi. Bukan semua kanak-kanak berani menyanyi di atas pentas seperti Anggrek. Apa pun pilihannya kelak, semoga langkah Anggrek terus berkembang sebagai insan berbakat besar dan membanggakan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

