Artis / Selebriti
” Lain macam eh, sengih lah Boss James sampai malam hari ni.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Boss James ketika Hawa Rizwana menyatakan 3 sikap Boss James yang disukainya buat ramai terhibur. Wah bukan main tersengih lebar lagi Boss James bila dengar apa yang Hawa cakap tu. Dia punya happy tu memang tak boleh dibawa bincang lah, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Boss James, posting terbaru Boss James telah meraih perhatian ramai. Boss James memuatnaik sedikit sedutan video sesi live bersama Hawa Rizwana. Hawa menyatakan tiga sikap Boss James yang disukainya.
Menurut Hawa, Boss James merupakan seorang yang baik, smart dan kelakar. Kenyataan Hawa itu membuatkan wajah Boss James kelihatan tersengih-sengih seperti tidak mampu berkata apa-apa. Eh, nampak macam terawang-awang di awan je gaya Boss James tu.
Kemesraan Boss James dan Hawa ini membuatkan ramai netizen menganggap mereka seperti pasangan kekasih kerana keserasian mereka. Walaupun begitu tiada sebarang kenyataan umum antara mereka sejauh mana hubungan persahabatan mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang menyatakan wajah Boss James kelihatan kemerahan kerana menerima pujian daripada Hawa ini. Memang tersengih habis lah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Your are a nice guy, smart & witty, Aish. Boss james senyum apesal saya yg tgk pon senyum sekali ni.. Sy mimpi Boss James dgn hawa naik pelamin.. “
” Salam subuh boss james, Cepatlaa pinang bossjames.. lmbt melepas.. itupun mo d ajarka boss.. Ak yg laki ank 2 ni pon ikut tsengih2.. “
” Fuhh mantap boss ini kalilah, Meaning witty = clever in a funny way caiyokk BJ Cepatlah masuk meminang.. nanti di kebas orang.. “
” Cantik Hawa make up atau without make up.. Bas ke planet marikh untuk geng single dah berlepas ke. I nak pindah marih jugak.. “
” Lain macam ehhhh… Usaha tangga kejayaan. Hahahhahahhaha. boss arini beli banyak free gift kan Semua google maksud witty ekk.. “
” Wish you best of luck Boss James, kene belajar scuba baru boleh selam hati dia.. pm for classes.. Sengih la dia sampai malam hari ni.. “
” Apahal sekali kita sengih nih ..konfim bos james sehari ceria , okay boss sekarang jom kita bertanding siapa akan dapat dia .. “
Jika benar mereka mempunyai hubungan istimewa, pastinya peminat mereka berdua berasa sangat gembira. Tetapi siapalah kita hendak menjodohkan antara mereka. Bak kata pepatah, jika ada jodoh tidak akan ke mana. Semoga ada berita gembira buat peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Boss James
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

