Artis / Selebriti
” Lain dari yang lain ya dia punya announcement. Comel je semua terkejut.. ” – Komen Netizen
Umum Sedang Hamil Anak Ketiga, Cara Jihan Muse Dan Ungku Hariz Memaklumkan Kepada Ahli Keluarga Mereka Buat Semua Teruja. Wah Sampai Terperanjat Seluruh Keluarga Dengan Pengumuman Tu. Mak Ungku Terpaling Gembira, Tambah Cucu Lagi !!
Umum mengetahui pelawak dan pengacara, Jihan Muse dan Ungku Hariz sudah pun dikurniakan dengan 2 orang cahayamata yang comel iaitu Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr. Terkini, pasangan ini telah pun mengumumkan satu berita gembira di akaun media sosial mereka.
Meninjau akaun Instagram Jihan Muse, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan suasana pagi raya Jihan dan Ungku Aziz bersama keluarga besar Ungku Hariz. Mereka berkumpul dan duduk bersama untuk membuat ucapan selamat hari raya.
Tanpa ahli keluarga Ungku Hariz sedar, Jihan dan Ungku Hariz telah pun merancang untuk mengumumkan berita gembira kehamilan Jihan itu ketika hari raya. Ungku Hariz pantas melaungkan ayat’ Jihan pregnant ‘ dan ianya membuatkan semua terkejut.

Tercengang-cengang semua mendengar berita itu. Mak mertua Jihan juga terkejut dan teruja, bakal bertambah lagi cucunya pada tahun hadapan. Sebelah keluarga Jihan juga menerima kejutan ketika sambutan hari lahir nenek Jihan. Kali ini, Arsalan pula yang menjerit memberitahu bondanya hamil.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Daddy diorang semakin kejar kita la Fad Bocey kita tak boleh kalah, haha.. ” – Syaheera
” Wahiaziz spotted… lurve teruk mu punya reaction gee… boleh buat meme ni.. lain dari yg lain ya dia punya announcement.. ”
” Wow haha, kurang asam.. jihan tahniah.. so cute, alhamdulillah alhamdulillah happy bila tengok orang lain dapat berita preggy.. ”
” Auww so cuteeee congrats guys.. Dh agak jihan pregnant masa tgk video zara zya.. Alhamdulillah semoga dpt baby girl lps ni, dan segala urusan dipermudahkan, in shaa Allah.. ”
” Bukan Jihan je terkejut, dengan mak-mak dia terkejut haha. Tambah cucu lagi hehe.. tahniah jihan, dapat baby lagi.. ”
” Weh bagusnya family dorang. Nampak happy sngat raikan tu. Semoga bakal family mertua and ipar duai saya pun baik-baik belaka Aamiin Ya Rabbal Alamin.. ”
” Alahai kenapa comel sgt ni, hehe. Mcm umum anak pertama pregnt, pdahal yg ke3. Hehe Comel je semua terkejut.. ”
Lain macam sungguh pengumuman Jihan dan Ungku Hariz ini, muka terkejut semua tu paling best tengok. Semakin meriah lah keluarga Jihan selepas ini, bakal bertambah ahli baru. Semoga segala urusan Jihan sepanjang kehamilan ini berjalan dengan lancar sehingga selamat bersalin nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jihan Muse
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

