Artis / Selebriti
” Lagu ‘Masing-masing’ telah ‘disitinurhalizakan’, sedap betul versi Tokti.. ” – Komen Netizen
Video biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu Masing-Masing bersama Ade Govinda raih pujian ramai. Wah gemersik betul alunan suara Tokti. Part ‘letih juga’ tu mendayu-dayu sangat, rasa terbuai-buai mendengarnya..
Baru sahaja dinobatkan sebagai Biduanita negara, penyanyi tersohor kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza adalah mutiara berharga untuk negara. Anugerah Allah mengurniakan DS Siti suara yang lunak dan merdu membuatkan DS Siti masih kekal sebagai penyanyi nombor 1.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ade Govinda, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian oleh DS Siti menyanyikan lagu berjudul Masing-Masing. Komposer lagu ini sendiri, Ade Govinda mengiringi nyanyian DS Siti itu dengan petikan gitarnya. Paduan gitar Ade Govinda dan suara lunak DS Siti membuai rasa.
DS Siti menyanyikan lagu ini dalam lenggoknya yang tersendiri. Bak komen warganet, berilah apa sahaja lagu kepada biduanita ini, pastinya akan dinyanyikan dengan sebaiknya. Sebutan DS Siti dan cara DS Siti mengalunkan setiap bait lirik juga kedengaran agak menarik.

Versi DS Siti antara versi yang dinanti-nantikan oleh ramai wargamaya. Setiap penyanyi itu ada keistimewaannya tersendiri. Baik DS Siti mahu pun penyanyi asal lagu ini, Ernie Zakri, kedua-duanya ada sesuatu yang boleh membuatkan warganet merasa puas mendengar lantunan suara mereka.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@adenurulianto Sangat menyenangkan bisa membawakan lagu Masing Masing bersama the living legend Dato Siti Nurhalizah ✨ #DatoSitiNurhaliza #MasingMasing #MasingMasingCover
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza.. memang padu tokti.. masing-masing telah ‘disitinurhalizakan’, sedap betul.. “
” Memang suara Biduanita Siti Nurhaliza merdu dan tepat untuk lagu seperti ini.. Tokti sebut ‘letih’ tu terus aku auto letih. Sampai.. “
” Tak perlu heavy music, suara dah memang ade music… Merdu sungguh.. biduanita negara Dato’ Siti Nurhaliza.. “
” Sedapnyaaaa tokti nyanyi.. terbuai-buai.. lembut dan merdu sangat.. part “jugaAAaaaAAAaaa” puas ye.. “
” ‘Letih juga’ tu mahal dari Tokti.. sedapnya aihhh.. hebat Allah jadikan suara merdu tok ti.. dengar memang tak puas..”
” Sedap gilerrrrrrrrrr… yg ku nantikan akhirnya terjawabbbbb…. benar” luar biasa banget suara tokti.. melting.. “
” Biduanita nyanyi la lagu Apa pon mesti sampaiii Auranya.. terus jadi lagu tokti.. saya suka sebab pembawakan lagu oleh dedua artis berbeza. dedua sedap.. “
” Sedapnya versi Tokti, versi yang dinanti-nantikan. yang last part masing masing tu menusuk terus ke hati.. “
Apabila DS Siti menyanyi lagu orang lain, automatic akan dinyanyikan seperti lagunya sendiri. Layaklah DS Siti dinobatkan sebagai Biduanita negara kerana bakat dan suara emas yang dimilikinya itu. Semoga terus maju jaya DS Siti dan gembira selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ade Govinda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

