Artis / Selebriti
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
 
																								
												
												
											Video Pak Azad tersilap menyebut nama Ummi Nazeera ketika temubual bersama pelakon Andai Tiada Dia buat ramai terhibur. Terkejut Ummi dengar. Jangan sampai Dr Izzar datang cari Pak Azad. Part komen netizen pada Hisyam Hamid tu pun kelakar, ada plot twist rupanya, haha..
Drama rantaian Andai Tiada Dia antara drama yang hangat ditayangkan di kaca TV sekarang. Berkisahkan mengenai kehidupan Suri yang dikhianati oleh suaminya, Haikal dan adiknya sendiri, Intan, emosi penonton seperti roller coaster menonton babak-babak dalam drama ini.
Meninjau entry di akaun Tiktok Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad menemubual tonggak utama drama ini iaitu Ummi Nazeera, Hisyam Hamid dan Zahiril Adzim. Ketika-tiga pelakon hebat ini hadir ke konti Era sebagai tetamu jemputan.
Pak Azad bertanyakan kepada Ummi mengenai watak Ummi sebagai Suri. Antara Haikal dan Falah yang mana pilihan Suri kerana penonton juga tertanya-tanya pilihan hati Suri. Kata Ummi, Suri mahukan Falah tetapi kerana keadaan dirinya yang mengandung, dia perlu mengutamakan anak dahulu.

Pak Azad pula tersasul menyebut ‘pilihan Ummi’ sedangkan sepatutnya disebut adalah ‘pilihan Suri’. Ummi sendiri terkejut mendengar ayat Pak Azad. Nabil pula secara spontan menegur kesilapan Pak Azad itu dan berdekah semua ketawa dengan ayat jenaka Nabil. Mahu tersedak suami Ummi, Dr Izzar Anwari kerana disebut-sebut namanya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@era.je Ingatkan drama #AndaiTiadaDia ni je yang banyak plot twist, rupanya komen dari netizen pun ada plot twist lah eh. Sempat pulak tu dia mintak Haikal kahwin dengan dia. 😂 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” So ummi nak siapa, lah haha.. Pak Azad ni memang suka betul buat hal tau, terkejut ummi haha.. ni dah bertukar cerita pak azad.. “
” Mintak2 ending cite ni biarlah haikal kalah.. Suri bahagia dgn falah.. bnyk2 cite asik kembali semula je dgn suami asal… benci arrr. emo ni.. “
” Ala.. knape tak tanya falah.. knape suka suri?.. falah duk tgk suri je tu haha.. Falah handsome betul.. “
” Pak azad dok marah² episod 16 smlm haikal oo meh jumpa aku.. dah agak dah mmg jumpa kt era ni lah.. “
” Saye ni cepat naek angen jadi klo lah sampai pade bab haikal saye tK nonton sebab takut saye mengutuk dia pulak.. “
” Kiteorg xnk suri trime balik haikal nk tgk ngn falah.. apalah ending drama ni.. xsabo den nk tahu.. “
” Terkejut Umi, pak azad ni pun haha.. berjaya laa watak hisyam Hamid dlm drama ni… pertama Kali tgk drama hisyam Hamid.. sblmni xlayan sgt SB hisyam ni selalu watak romantikkk.. “
Kelakar sungguh apabila masing-masing berceritakan kecaman yang diterima daripada penonton. Part penonton ajak Hisyam kahwin tu memang lawak. Bukan drama sahaja yang ada plot twist ye, komen netizen pun penuh dengan plot twist sampai Hisyam pun tergelak. Tahniah untuk team Andai Tiada Dia yang berjaya membawakan watak dengan jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
