Artis / Selebriti
” Kita takut Aliff Syukri nyanyi lagu raya. Rupanya kita lupa ada Aliff Syukri nombor 2, haha.. ” – Komen Netizen
Datin Shahida kongsi video nyanyian Qadejah El-Zahra untuk lagu raya barunya bersama kawan-kawan Gen Z. Alamak Dato’ Aliff belum mula, Cess dah mulakan langkah. Ada yang kata Cess menyanyi macam Papa dia..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida D’Herbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak keduanya, Qadejah El-Zahra sedang merakamkan lagu raya baru. Lagu ini bakal dinyanyikan bersama rakan-rakan kumpulannya iaitu Cik B, Allysa Dezek dan Ara Aziz.
Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen memberitahu, sekiranya Dato’ Aliff Syukri melihat Qadejah menyanyi sebegini, pastinya Qadejah akan menerima kutukan daripada abahnya itu. Datin Shahida juga memaklumkan yang Dato’ Aliff juga sedang menunggu lagu raya barunya siap sebelum sesi rakaman dimulakan.
Apabila anak dan ayah sama-sama berlumba ingin mengeluarkan lagu raya, Datin Shahida lebih memilih untuk tidak masuk campur urusan mereka berdua. Kata Datin Shahida, dia hanya mahu melihat sahaja gelagat Dato’ Aliff dan Qadejah berlawan lagu antara satu sama lain nanti.

Respon warganet setelah mendengar suara rakaman Qadejah ini juga mencuit hati. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Datin Shahida sebelum ini iaitu Qadejah adalah ‘photostat’ abahnya. Kedua-dua mempunyai banyak persamaan, cara menyanyi pun sama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kita takut alif syukri nyanyi lagu raya.. Rupanyaa kita lupaa alif syukri no 2 haha.. Cess sambung warisan bapak dia pulak korang.. “
” Mmm boleh lah cess hehe.. kami suruh bapa stop tak bermakna anak kena sambung.. cess baikk kau niagaaaa ja cess,aku rasa mood raya pun dah takda.. sorry mama.. “
” Papa busy bisness, cess pulak take over bab nyanyi hah. the real anak bapak haha.. memang betul betul anak abah ni.. “
” Kelebihan dia berbisnes sama macam tok lip, tapi menyanyi jangannnn.. Mamalarisss stopppphhh suruh qadejah buat stok biskut raya byk2 jeee cukoppp mama.. HAHAHA.. “
” Dia sambung warisan bapak dia pulak, tak perlu DNA test.. Real alif syukri haha.. masih ada wasiat yang boleh menggantikan dato alif tanpa ragu ragu.. “
” Adoi dia penyambung abah dia pulak dah.. ni betul-betul copy abah dia. cepat cepat aku scroll, terkejut hahaha.. tak bapak, anak pulak buat hal hehe.. “
” kita beria halang penyanyi no1 . kita lupa yang ada anak penyanyi no 1 haha.. Btul kata mamalaris dia alif syukri no 2.. “
Qadejah dikatakan ‘copy paste’ abahnya dan pastinya lagu Qadejah dan Papa Laris akan sengit bersaing nanti. Bertabah lah warganet dan anggap sahaja ini sebagai hiburan untuk menceriakan hari raya semua. Good luck Qadejah dan kawan-kawan untuk lagu raya baru.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida Dherbs, Tiktok Nur Shahida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

