Artis / Selebriti
” Dah macam ade sesuatu lah, nampak macam ye.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman sedang photoshoot curi perhatian ramai. Netizen masing-masing sibuk zoom tengok perut Mira. Wah, betul ke tu Mira ?
Amira Othman dan suaminya, Fattah Amin seringkali menjadi perhatian orang ramai. Pasangan sama cantik dan sama padan ini juga sering diajukan soalan mengenai cahayamata setelah mereka bergelar suami isteri. Baik Amira mahupun Fattah ada memberitahu, sekiranya ada berita gembira, pasti mereka akan khabarkan kepada semua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Chuain09, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira menjalani satu sesi photoshoot untuk jenama Qyraisya. Amira seperti biasa, sentiasa tampil cantik dan sopan dengan gaya muslimahnya itu.
Ramai di kalangan warganet yang menyedari sesuatu pada video ini. Rata-ratanya tertumpu kepada perut Amira dan mengatakan seakan-akan penampakan baby bump. Amira juga kelihatan semakin berseri-seri dan ianya menguatkan lagi ramalan warganet.

Sebelum ini, pernah tular satu gosip mengatakan Amira sedang hamil kerana kelihatan lesu dan makan asam ketika sedang live untuk satu produk bersama Fattah. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar atau hanya perasaan warganet semata-mata. Sekiranya benar, ini akan menjadi satu berita gembira untuk semua pengikut FattMira.
Jom tonton video di bawah :
@chuian09 Amira Othman for Qyraisya #amiraothman cr: igs zeileenyusnita
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nampak dah.. betul ke apa yang saya nampak ni.. Moga yg baik-baik sahaja untukk Mira dan Fattah.. aamin.. “
” Video ni lalu mata sy trus tangkap dkt perut. sbb nmpk mcm baby bump.. serius.. kalau ada, tahniah mira.. kami tumpang gembira.. “
” Takde keje aku ni jam 3 pagi baca komen, terpaksa zoom in zoom out, kejap macam ada kejap tak nampak.. “
” Nanti kalau dh confirm good news tu kita kena tanya balik kak zeileen apa yg kak long minta dalam video masa majlis resepsi KL hari tu.. “
” Aik dah macam ade sesuatu lah, nampak macam ye.. betol ke ape yang mata ku lihat??? tahniah buat kaklong dan abanglong.. kalau betul.. “
” Nampak lain lah Kaklong. Kalau betul, tahniah. Semoga segala urusan dipermudahkan. Take care kak long.. “
” Setiap kali tengok kak long mata ni mesti 1st pada 1 tempat… moga betul dengan apa yang terpandang ni.. hope ada berita gembira soon.. “
Masing-masing berteka-teki selepas menonton video perkongsian ini. Apa-apa pun, sama ada ianya betul atau tidak, sama-sama kita tunggu kenyataan yang sahih daripada tuan punya badan. Semoga Amira dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Chuian09
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

