Artis / Selebriti
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
Video perbualan antara penyampai Era, Haziq Hussni dan Shasha dengan bapa tiri Amad Dayyan, Idan untuk mengetahui perkembangan terkini Amad. Ini keadaan kesihatan Amad sekarang..
Impian Amad Dayyan untuk meraih juara Talk To My Manager musim 1 tidak kesampaian apabila Amad secara tiba-tiba dilanda sakit sebelum membuat persembahan. Situasi agak cemas di back stage TTMM dan ianya ada diceritakan oleh Shuib Sepahtu kepada pihak wartawan semalam.
Selaku ibu saudara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga mengeluarkan satu kenyataan, apa yang terjadi bukan lah drama, bukan juga kerana masalah kesihatan dan terganggu dengan kecaman warganet di media sosial tetapi ianya berkaitan dengan benda ghaib.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai Era, Haziq Hussni dan Shasha menghubungi bapa tiri Amad yang dikenali sebagai Idan bagi bertanyakan keadaan kesihatan Amad sekarang.

Kata Idan, semuanya baik-baik sahaja dan Amad juga stabil. Ditanya mengenai isu kejadian semalam, Idan tidak mahu mengulas lanjut dan dia bersyukur kerana memiliki Amad memiliki mak saudara yang sangat prihatin dan peduli dengan diri Amad.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saya cuba berfikir jika sy ditempat amad sendiri. sy pasti dan pasti nak perform juga semampu. mak dia mesti suruh stop. but its finale, klau kena nyanyi baring pun sy akan buat.. “
” Tgk status tokti ada explain dah disitu.. tgk reharsel amad sebelum grand final.nanti baru paham.. Drpd bt spekulasi yg xbetul doakn shj yg baik2.. “
” Macamana keadaan amad sekarang?.. Sedih tengok amad semalam. Semoga semuanya baik-baik sahaja utk amad.. mari kita doakan yg baik2 buat Amad. anak muda yg punya masa dpn yg cerah.. “
” Amad Arjuna. Amad cepat sembuh n kuat selalu.. Kesayangan Amadzon.. Amad dekatkan diri dgn Allah. strt jaga solat consistent baca Al-Quran in Sha Allah akan sembuh.. “
” Semuanya dari Allah.. tiada manusia yang mampu memudaratkan manusia yang lain. itula ujian.tp amad kan masa minggu ke 5 kot dia ade sakit demam smpi pengsan masa perform utk lagu cindai awk xtgk ker? bab org buat ni unexpected.. “
” Saya penah bersembang dgn kru event2 artis dia ckp bnda ni mmg byk jadi.ade artis masa rehearsal semua ok xder apepun suara penyanyi tu ok jer sampai je esok tu suara penyanyi tu hilang tetibe x bole nyanyi yg pelik x demam x batuk apepun xder.lepas abis event selang 2-3 hari ade blik suara.x pelik ke?.. “
” Kak bukan demam la pergi IG ctdk bukan enxienty keletihan tapi amad kena tempias buatan orang la. kalau benda ni fitnah jenuh nak merangkak cari kt sana nanti.. “
Alhamdulillah satu perkhabaran yang baik daripada Amad. Semuanya sudah diaturkan Allah, yang terbaik untuk Amad dan seluruh keluarga. Semoga Amad cepat sembuh dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan Amad sebagai anak seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Siti Sairah, Portal Utusan Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

