Artis / Selebriti
” Bertuah korang dik, dapat jumpa Biduanita, siap kena belanja makan.. ” – Komen Netizen
Video murid-murid sekolah begitu teruja bertemu DS Siti Nurhaliza di sebuah restoren buat ramai terhibur. Wah sampai siap koyak buku sekolah nak ambil autograpgh Tokti. Part respon bila Tokti tanya dah makan ke tu memang win respon adik tu. Memang ayat manis, Tokti pun cair, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram SNLegacy, perkongsian sebuah video yang memaparkan sekumpulan murid sekolah bertemu Dato’ Seri Siti Nurhaliza tanpa sengaja di sebuah restoran telah meraih perhatian ramai. Mereka dilihat sangat teruja melihat Dato’ Seri Siti.
Mereka tidak melepaskan peluang mendapatkan autograph Dato’ Seri Siti sehingga ada yang mengoyakkan buku latihan sekolah. Siapa sangka generasi alpha juga meminati Dato’ Seri Siti. Ternyata semua lapisan usia merupakan peminat Dato’ Seri Siti.
Dato’ Seri Siti sempat berbual dengan mereka serta membelanjakan mereka makan. Betul-betul peluang keemasan yang diterima oleh anak-anak ini kerana merasa Dato’ Seri Siti membelanja mereka makan. Ada juga yang terus menelefon ibu mereka kerana sangat teruja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh satu jam ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya kenangan ini tidak akan dilupakan oleh anak-anak ini sehingga mereka dewasa kelak.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Balik rumah kalau bgtau mak , knp koyak buku. Sbb tokti sign. Mesti mak tak marah , Sapa cakap zoner ramai kertu2 . Ni haaaa bukti siti diminati setiap lapisan masyarakat tau.. “
” Dari generasi ke berapa sampailah ke generasi sekarang. Semua mengenali beliau. Semua sayang beliau. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan diberi kesihatan yang menyeluruh buat Biduanita kesayangan negara kita ini.. “
” Budak yg ckp.. kitaorang student mana ada duit.. kau mang ayat manis!! cair tok ti.. member2 jgn lupa ckp thank you kat kawan korang yg ayat manis tu hehehe.. “
” Seronoknya masing2. Mesti balik flex kat mak masing2 Comel weh.. esok mesti femes budak2 nie kt sekolah.. smk seri pantai an? “
” Wei siti ada fans gen alpha semua generasi siti tapau, Aku 27 pun tak berjumpa lagi dgn dato siti. Diorg baru hidup 10/11 tahun dh jumpa adoi rezeki ko betullah dik.. “
” Kitorg student xde duit! – ok adik nt uncle guna ayat ni pulak kalau Jumpa Dato Sri Siti. Huntong larrrr (baca dalam nada dering) “
” Bertuah korang dik. Zaman akk jumpa ct dlm tv je sampai dah tua pon dlm socmed jugekk. Ahh sadisss. Mesti mak budak-budak tu makan hati anak diorang dapat jumpa Biduanita siap kena belanja makan.. “
Peristiwa manis ini bukan sahaja mencuri perhatian warganet, malah membuktikan aura dan keperibadian Dato’ Seri Siti Nurhaliza kekal merentas generasi. Sikap mesra dan keprihatinan beliau pastinya meninggalkan kenangan indah buat anak-anak ini, sekali gus menjadi momen berharga yang akan dikenang sepanjang hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG SNLegacy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

