Artis / Selebriti
” Kesian member nervous teruk tu. Nasib suara maintain sama dengan MV.. ” – Komen Netizen
Video Sarah Suhairi Dan Suaminya, Aswad Anuar Menyanyi Ketika Majlis Resepsi Raih Perhatian Ramai. Wah Ada Lagu Kahwin Sendiri. Nervous Betul Muka Aswad Masa Menyanyi, Muka Cuak Habis. Nasib Baik Suara Sedap, Hehe !!
Penyanyi Sarah Suhairi mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi jejaka pilihan hati, Aswad Anuar semalam. Tiada angin, tiada ribut, majlis ini sememangnya mengejutkan semua terutamanya peminat Sarah. Pandai betul Sarah menyimpan kisah percintaannya sehinggakan tidak dapat dihidu oleh pihak media.
Meninjau akaun Instagram Era dan Tiktok Rusa Music, telah dikongsikan video yang memaparkan Sarah dan Aswad membuat persembahan khas di majlis resepsi mereka. Sarah dan Aswad menyanyikan lagu berjudul With You yang dicipta khas sebagai lagu kahwin mereka.
Sarah mengenakan busana serba putih dan kelihatan berseri-seri. Sarah sudah biasa menyanyi di hadapan orang ramai dan tidak menjadi satu masalah untuk Sarah. Berbeza dengan Aswad yang kelihatan begitu nervous nya ketika persembahan ini berlangsung.

Walaupun berdebar kerana menyanyi dengan disaksikan oleh ramai tetamu, namun Aswad tetap melakukan yang terbaik. Ramai yang memuji suara Aswad sedap sama seperti dalam music video mereka. Sedap juga lagu kahwin Sarah ini.
Jom tonton video di bawah :
Video ketika Sarah dan suami merakam lagu kahwin mereka itu :
@rusamusic Sweetnya suami @Sarah Suhairi ajak buat lagu kawin 🙈 #rusamusic #WithYou
MV rasmi untuk lagu With You :
@rusamusic Sarah Suhairi – With You (feat. Aswad Anuar) #rusamusic #WithYou #SarahSuhairi #AswadAnuar @sarahsuhairi_38
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dah lebar sangat senyum ni, adeh pergi planet lain jap. Alololo comelnya…. sweet couple, semoga kekal ke jannah.. ”
” Pandai Sarah cari suami yang matang. lovely couple.. Masyallah bestnya dapat isteri yang pandai nyanyi kan. nak marah terus tak jadi.. ”
” Ala sweet nyaa, suka lahai tengiok.. bestnya, dua-dua perfect package giteww.. comel la dorang ni haha.. tersengih-senguh kita tengok.. ”
” Semua tengok sambil tersengih-sengih eh haha. Aku senyum sampai habis lagu.. best dapat pasangan yang sporting macam ni. ada lagu kawin sendiri lagi.. ”
” Kenapa aku sengeh sorang-sorang nihhh.. Kesian member nervous teruk tu. Nasib suara maintain sama dengan MV.. ”
” Pipi aku penat sengeh napa aku sengeh.. Haha.. Suara Sarah ni so dayang nurfaizah laa.. ee comel.. ”
” Sorang nampak matured, sorang nampak mcm budak2 lagi. Macam abang dgn adik pun ada.. Sedap gak suara laki dia. member nervous kaki dah gedik2 tu haha.. ”
Ramai yang terhibur melihat telatah Sarah dan suami di atas pentas. Menerusi music video, pasangan ini kelihatan begitu sweet sekali. Di majlis resepsi pula, Aswad kelihatan agak gementar penyanyi di hadapan orang ramai. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi daripada kami di Berita Kopak untuk pasangan pengantin baru ini. Semoga berbahagia selalu Sarah dan Aswad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Rusa Music
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

