Artis / Selebriti
” Ouh dah ada spoiler rupanya, memang langsung tak perasan pun time tu.. ” – Komen Netizen
Video Kemunculan Suami Sarah Suhairi, Aswad Dalam Music Video Lagu Sah Sebelum Mereka Berkahwin Yang Ramai Tidak Perasan. Eh Sarah Dah Bagi Hint Awal Rupanya. Pandai Simpan Rahsia. Supportive Betul Aswad Ni, Pasangan Paling Comel !!
Penyanyi Sarah Suhairi telahpun mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi seorang jejaka pilihan hatinya bernama Aswad. Ramai yang terkejut ketika gambar dan video pernikahan Sarah tersebar kerana menyangka ianya adalah sekadar MV baru Sarah.
Meninjau akaun Tiktok Rusa Music, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penampakan kelibat Aswad dalam music video lagu terdahulu Sarah dan Alfie Zumi berjudul Sah. Pada ketika ini, ramai yang mengusik Sarah dan Alfie dan mengatakan mereka secocok.
Ramai yang tidak menyedari yang Sarah telah pun memasukkan Aswad dalam pembikinan MV Sah. Apabila ditonton kembali MV tersebut, baru lah semua menyedari ada wajah Aswad sedang berdiri bersama pelakon-pelakon lain ketika Sarah berarak masuk sebagai pengantin.

Memetik komen warganet, Sarah sudah lama memberikan hint tetapi warganet yang ‘lalai’ dan langsung tidak perasan. MV lagu khas sempena perkahwinan pasangan ini bertajuk With You juga sangat seronok ditonton kerana gelagat-gelagat comel Sarah dan Aswad.
Jom tonton video di bawah :
@rusamusic With You!! #rusamusic #WithYou @Sarah Suhairi
Perkongsian ini sehingga kini telah pun merekodkan lebih 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Oh Sarah dah bagi hint dekat dalam mv rupanya, apa- apapun tahniah sarah dan aswad.. ”
” Ade lag lah yg kite lalai mv SaH tu yg die highlight sebelah huruf S dh ade huruf a and minit ke 2:43 billboard pon AS die dh bgtahu tp kite je lalai.. ”
” Ouh dah ada spoiler rupanya.. memang langsung tak perasan pun time tu.. haha comel sangat.. ”
” Comel masalahnya, sengih-sengih aku.. ok jugak suara dia ekk.. best ada lagu sendiri dengan suben.. ”
” Wehhh yeke mcm mana lah tak perasan haha.. aduh kena tgok mv SAH lagi sekali hahaha.. ”
” Yang penting, kita je yang lalai. Sarah dah lama rancang.. pembetulan, diorang berdua dah lama rancang, kita je yang lalai geng.. ”
” Aaa laa, baru perasan bila tengok.. dia dah soft launch kita yang lalai.. sarah bagi hint awal lagi.. ”
Tiada yang menyedari Aswad adalah antara pelakon dalam MV tersebut. Pandai betul Sarah dan Aswad menyimpan rahsia percintaan mereka. Tahu-tahu sahaja sudah menikah dan ada lagu kahwin sendiri. Pasangan paling comel Sarah dan Aswad ini, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rusa Music
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

