Artis / Selebriti
” Keras perut ketawa, ada sen belakang. Tak puas tengok 2 orang ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Azhan Rani dan Amy Mastura melakonkan sambungan babak Beg No 2 buat warganet terhibur. Lawak betul tengok Amy melatah sebut harga beg tu, kena lah dengan Azhan yang kaki latah juga. Mengekek gelak tengok dua orang ni, haha..
Azhan Rani dan Amy Mastura antara pelakon yang disukai oleh ramai wargamaya. Kedua-duanya memiliki karakter yang sama dan suka berjenaka. Sebelum ini, tular satu babak lakonan Azhan dan Amy yang bercerita mengenai harga beg tangan berharga RM4500.
Kali ini, mereka bertemu lagi untuk satu program dan menyambung babak lakonan beg no 2. Meninjau akaun Instagram Ezal Ezlizan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Azhan dan Amy itu. Babak yang sama diulangi oleh mereka, cuma kali ini harganya semakin mahal.
Amy sememangnya diketahui kaki melatah dan apabila Azhan menyergah Amy, mula lah latahnya keluar. Jika dahulu harga beg bernilai RM4500, dialog kali ini Amy spontan menyebut RM5067.65. Walau melatah sekali pun, Amy tetap boleh berdialog dengan lancar.

Gelagat Azhan dan Amy ini membuatkan warganet tidak kering gusi ketawa. Apabila 2 pelakon hebat bergabung, memang meriah. Azhan pula suka menyakat Amy kerana tahu Amy cepat melatah, namun dalam masa yang sama Azhan juga seorang yang kuat melatah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia duk sergah-sergah orang melatah, padahal dia pun sama haha. Nak lagi kuat gelak, bayangkan Azhan pulak yang melatah haha.. ”
” Eleh, 2 2 melatah, nak kacau orang plak azhan rani tu. Adoi berulangkali la tengok, mengekek ketawa. Amy ni memang tak tua-tua kan.. ”
” Haahahahahah aduhai kak amymasturalerr . Abg azhan_rani pun bila dapat peluang kemain eeehh.. kak amy comey sesangat.. ”
” Best pairing ni haha.. yang sergah tu macamlah tak melatah haha.. Mampoih tak tahan dah aku weh nk simpan gelak tu.. ”
” Keras perut ketawa, ada sen belakang haha.. Ulang-ulang tengok ni, dengan saya sekali terkejut.. Dia up sikit lg… dr 4500 jd 5067.65 haha.. siap sen tu yang tak tahannya.. ”
” 1st dialog je dia dah terperanjat.. Amy ni kuat melatah orangnya tapi comel.. memang tak boleh tahan gelak, adoi tak puas tengok 2 orang ni.. ”
” Kak amy power gile walaupun melatah skrip tetap on point hahaha relate.. Pecah perut dibuatnya, letih gelak ni.. Hadoi hai sampai besok xsettle lagi asik latah.. ”
Terhibur betul warganet melihat telatah Azhan dan Amy, melatah pun tetap comel Amy. Apabila dua kaki latah bergabung memang meriah lah jadi suasananya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ezal Ezlizan, Azhan Rani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


