Artis / Selebriti
” Kejap je masa berlalu, penghibur hati mummy.. ” – Komen Netizen
Rita Rudaini kongsi video throwback gelagat dua anaknya, Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqi ketika kecil buat ramai terhibur. Ingatkan pendiam, rupa-rupanya memang dari kecil sampai ke besar sama perangainya suka menari, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Rita Rudaini, posting terbaru Rita yang memaparkan video throwback dua orang cahaya matanya ketika kecil telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan ketika mereka berada di London dan kedua-dua anaknya sedang menari.
Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna merupakan pemghibur hati Rita sejak kecil lagi. Rita memuatnaik video ini kerana ramai netizen menyangkakan kedua-dua adik-beradik ini seorang yang pendiam atau pun introvert. Namun sebenarnya perangai mereka adalah sebaliknya.
Sememangnya dari kecil mereka berdua sangat aktif dan sikap mereka ini tidak berubah sehingga meningkat remaja. Patutlah bergegar dapur Rita apabila mereka berdua berada di rumah. Lihat sahaja gelagat mereka menari di ruangan dapur. Amboi, bukan main lagi Rayyan dan Arjuna.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apabila melihat video mereka ketika kecil, kedua-duanya sangat comel sekali. Pastinya Rita merindui momen mereka ketika kecil.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” We need more mommy Cuti sekolah panjang lagi ni.. Org utaqha kata “Lagu nie = mcm tu.. Bahagianye tgok.. semoga ank2 sis bahagiakan sis dunia akhirat aamiin.. “
” Weh xleh tgk lama² ensem depa ni.. Semoga terus sukses dunia hingga akhirat yea boys. Jadi anak2 yang soleh buat Mummy angpa naa… “
” Allah…kejap je msa berlalu..semoga dh jadi ank teruna yg hensem terukk.. yg paling best mommy maintain .. Penghibur hati mummy.. “
” Nak video dieorang lagiii mommy HAHAHAHA.. Kita pon bahagia tgk.. alhamdulillah semakin membesar semakin berjaya.. “
” Syg ampa 3 branak dari dlu.. lagi mommy….terhibur.. Asal kejap sngt video ni . Bergegar dapor mommy ha, Happy 2beradik ni.. “
” Dulu kini selamanya ke lagu ni hahhaa.. Mentang mentang cuti sekola.. Ingat kan abgnya pediam. siapa ada boys akan faham saya ada 4. All the best boys.. “
” Hahahahahahaha disebalik dok diam anak2 rita rudaini kt socmed, behind the scene kemaen lg rupenya hahahahahahah.. “
Nampaknya meriahlah rumah Rita sepanjang cuti sekolah ini apabila mereka berdua ada bersama. Semoga Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna membesar menjadi seorang anak yang baik dan berjaya agar dapat membalas jasa ibu mereka yang membesarkan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

