Connect with us

Artis / Selebriti

” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memenangi tempat pertama larian berpagar curi perhatian warganet. Fuh berdeseup, menang bergaya lah Rayyan. Pecah rekod kebangsaan MRSM lagi. Patut lah hebat, tengok siapa coach dia..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Rita Rudaini dan Tiktok Encik_sujud, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan aksi hebat anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dalam kejohanan Kejora MRSM peringkat kebangsaan 2026.

Rayyan dari MRSM Sg Besar mewakili kontinjen Selangor dan memasuki acara 110 metar larian berpagar. Aksi cemerlang Rayyan di track mendapat perhatian dan pujian daripada orang ramai. Larian yang penuh bersemangat dan ada skill yang tersendiri menjadikan Rayyan pemilik tempat pertama acara ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM pula, satu video temubual penyampai Era bersama Rita telah pun dikongsikan. Menurut Rita, Rayyan baru sahaja berkecimpung dalam sukan lari berpagar ini. Sebelum ini, Rayyan aktif dalam sukan bola sepak sejak berada di tingkatan 1 sehingga tingkatan 4.

Tambah Rita lagi,, Rayyan menyuarakan keinginannya untuk mendapat tunjuk ajar daripada coach supaya boleh cemerlang dalam sukan lari berpagar ini. Sebagai seorang ibu, Rita merealisasikan impian Rayyan dan mendapat khidmat coach hebat, Coach Herman Majid.

Jom tonton video di bawah :

@encik_sujud

Minat anak dulu.. lepas tu br minat mak dia plak.. contoh… ceywah.. KEJORA MRSM PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 UMM CHANGLUN..@ritrud727 @ericc💥 #kejora2026 #emas #p1 #mrsm #fyp

♬ original sound – آيرِيـٰسٌ.

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Mak dia sekolah sukan duluuuu. Mak dia ahli sukan.. tgk cara dia berlari pun kt dah tahu bdk nie mmg ada bakat. Tahniah kak rita.. “

” Sy lihat Airit Rayyan berlari pun beza dgn yg lain. Dia mmg terlatih. Ini sudut pandang sy sbgi ex atlit lari berpagar juga. Sukan dia tapau, akademik pun tapau. Power.. “

” Ibu anak Sama-sama hebat…. Alhamdulillah. Tahniah ritrud727 utk lahirkan ‘the thinking athlete’ patut la superb. Lagend 110 yg Train. Lepas ni boleh try lagend sorg lg ni.. “

” Ish ish ishhhh.. dia punya bangga tu sampai ke Melbourne ni…bangga nya saya rasaaaaaa mashaaAllah, syabas anak..

” Tahniah Sis rita .setiap kali tgok kejayaan Rayyan mesti menitis air mata. Aunty bayangkan kamu berlari sekuatnya sambil perjuangkan apa yg ada dalam hati kamu utk jadi seorang yg kuat & hebat seperti Mommy.. “

” Anak hebat yang mengangkat darjat bondanya.. tak jadikan kesedihan sebagai penghalang kejayaan.. luarbiasa auranya.. anak mcm ni bagus digilap jadi pemimpin.. maju terus wahai anak jadi contoh ¹untuk kawan2.. kamu pandai jaga agama juga .. kamulah sebutir bintang yang bersinar.. “

” Anak ni mmg sayang sungguh kat mommy dia. Dia wakil diri sendiri utk buktikan kpd dunia bahawa dia, mommy n adik dia boleh. anak yg hebat lahir dari ibu yg kuat.. “

Satu pencapaian yang hebat daripada Rayyan dan membanggakan Rita sebagai seorang ibu tunggal. Rayyan membuktikan, dia anak yang hebat. Tidak hanya hebat di lapangan sukan tetapi juga dalam pelajaran juga. Semoga Rayyan akan terus cemerlang dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini, IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
⚽ Olahraga: Olahraga📰 Berita🏥 Kesehatan: KesehatanPendidikan💻 Teknologi: Teknologi🎬 Hiburan: Hiburan🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized