Artis / Selebriti
” Keadaan dia agak kritikal.. ” – Adrian Adam
Anak Amyza Aznan, Adrian Adam kongsi keadaan terkini abangnya, Andre Mikhail undang sebak ramai. Walaupun Adrian pun diuji dengan masalah kesihatannya tapi tetap tenang berkongsi cerita..
Umum mengetahui bahawa anak sulung Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah menghidap kanser paru-paru. Keadaannya sejak akhir-akhir ini semakin teruk dan terbaru semakin kritikal. Menerusi akaun Instagram MelodiTV3, sedikit perkongsian daripafa anak kedua Amyza, Adrian Adam.
Menurut Adrian, abangnya kini sedang nazak dan bergantung pada mesin oksigen. Andre masih boleh mendengar apa di sekelilingnya, namun tidak memberikan respon. Adrian bercerita dengan cukup tenang walaupun dirinya juga menghidap kanser tulang.
Adrian turut berkongsi keadaan kesihatannya yang mana dia agak sukar berjalan kerana kakinya bengkak. Adrian juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan abangnya dan juga keluarga serta mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Perkongsian ini telah mengundang sebak ramai orang terutamanya melihat di akhir video yang mana Adrian sendiri tidak dapat menahan air matanya. Begitu berat ujian yang dilalui oleh Amyza sekeluarga dengan satu per satu ujian yang melanda
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang mendoakan kesembuhan buat anak Amyza. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Dah lah hensem,baik pulak tutur kata,dalam dia sendiri dalam musibah..semoga adik n ABG dipermudahkan urusan ye.. “
” Lembutnya awat cakap adik…semoga Allah angkat segala pyakit awak dik….semoga awak kuat dan terus berjuang… moga Allah beri kesembuhan .. “
” Beratnya ujian mereka sekeluarga..allah..kau permudahkan la ya allah segala urusannya..berikan keajaiban serta kesembuhan buat kedua adik ni amin .. “
” Ya Allah angkat doa di antara kami di bulan mulia ni… beri lh kesembuhan kepada dua ank ini.. allah luluh hati ini.. bukan satu tp dua ank sedang di uji…jatuh air mata sy.. “
” Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul,xlayak nk ckp sabar anak demam pun kite sbgai ibu dh rsau n sedih,ni apelgi dgn ujian yg hebat ni.. “
” Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan Dia kepada kesihatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan.. “
” Acik hilang kata2..anak acik kanser jgk..acik x citer kesedihan ini padanya..acik hilang kata2..tp dlm hati acik setiap hembusan nafas ini sentiasa doakn…mcm mana ibu dan adik sekuat ini.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan agar ada keajaiban yang berlaku buat Andre Mikhail dan juga Adrian Adam. Semoga kedua-duanya diberikan kesembuhan dan dapat melalui kehidupan seperti sediakala. Semoga terus tabah dengan ujian ini. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG MelodiTV3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

