Artis / Selebriti
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video Tok Ram dan Izzara sedang berjalan-jalan di tepi pantai, perkongsian Datin Alyah buat ramai terhibur. Tak pernah-pernah Datin meluah perasaan macam ni. Sabar yer Datin, cinta memang memerlukan pengorbanan, haha..
Bagi yang suka mengikuti penyanyi, Datin Alyah pasti mengetahui yang Datin Alyah sering berkongsi dengan peminat video dan gambar anaknya, Nur Izzara. Kini, Izzara telah pun berusia satu tahun lebih dan membesar sebagai seorang anak yang sangat comel.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Datin Alyah ada memuatnaik satu video yang memaparkan telatah suaminya, Dato’ Ramli MS dan anak mereka. Menerusi video itu, Dato’ Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ram sedang mendukung Izzara berjalan-jalan di tepi pantai.
Kelihatan dua beranak ini begitu seronok menikmati keindahan di tepi pantai. Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Datin Alyah telah membuat ramai yang membacanya terhibur. Manakan tidak, Datin Alyah meluahkan rasa hatinya apabila melihat kebahagiaan Tok Ram bersama Izzara.

Tulis Datin Alyah bergurau mengatakan dia hanya seorang juru kamera yang merakam hebatnya cinta Tok Ram dan Izzara. Perkongsian oleh Datin Alyah itu hingga kini telah menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Datin Alyah dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. Nanti bila besar susah Mummy nak marah Zara sebab dia ada cable besor.. “
” Cinta memerlukan pengorbanan Datin, haha.. Seronok tengok kebahagiaan kalian.. Manja kesayangan daddy betul ni, hehe.. “
” Hahahahaa … Lawak lah mak nyer pun. Tak pe Datin … Kita mak2 ni mmg suka amik gambar.. Amik video.. Kenangan ni.. “
” Jurugambar selalunya cinta pertamanya. hehehe.. Tunggu besar sikit Datin, ni adalah pesaing sihat Datin, hahahaha.. “
” Soon habis semua barang2 mommy plak jadi milik Zara. Takpe nanti daddy back up, Zara jangan takut. Cable kuat ni.. “
” Pandai nya Zara ikut2 Tokram bikin tangan tunjuk laut.. Mesti besar nanti, jadi anak yang bijak.. Comel pula tu.. “
” Ok lg Datin.. Anak saya boy selalu bkepit je dgn daddynya.. Tido mlm berpelukan.. Rasa cam nak tggalkan dua2 tepi jln.. “
Alahai tak pernah-pernah Datin Alyah meluah perasaan seperti ini, kelakar juga Datin Alyah ini. Seloroh para peminat berharap Datin Alyah bersabar kerana cinta memerlukan pengorbanan. Apa-apa pun, gelagat Izzara sememangnya sangat comel. Lagi-lagi part Izara meniru gaya tangan seperti Tok Ram menunjuk ke arah pantai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

