Artis / Selebriti
” Jangan buat macam ni, yang ni I kena bayar.. ” – Haris Ismail
 
																								
												
												
											Video Neelofa Dedah Sikap Suaminya, Haris Ismail Yang Ramai Tak Tahu Ketika Podcast Bersama Nora Danish. Bagusnya Haris, Sampai Macam Tu Sekali Yer, Nora Pun Kagum. Bak Kata Nora, Seronoknya Kehidupan Macam Tu !!
Neelofa kembali dalam program podcastnya dan untuk kali ini, Nora Danish menjadi salah seorang jemputan. Bercerita mengenai isu nafkah untuk isteri daripada suami, ianya antara isu hangat yang sedang diperkatakan. Semua orang tahu perkataan nafkah tetapi tidak semua yang betul-betul memahami apakah itu nafkah yang sebenar.
Menerusi perkongsian di Tiktok Nur NLFH, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast itu. Neelofa mendedahkan sejak berkahwin, dia tidak pernah mengeluarkan wang untuk membayar segala keperluan rumah. Baik dari segi tempat tinggal, makanan dan pakaian, semuanya diselesaikan oleh suaminya, Haris Ismail.
Pernah Neelofa membeli barangan sendiri dan Haris menegurnya supaya tidak melakukan begitu kerana itu semua di bawah tanggungjawabnya sebagai suami dan dia yang perlu membayar segalanya. Neelofa juga memperkatakan mengapa isteri perlu respect terhadap suami atas tanggungjawab yang suami sanggup terima setelah terlafaznya ijab kabul.

Beruntung Neelofa kerana mempunyai suami seperti Haris. Begitu juga Haris beruntung kerana dikurniakan isteri yang hormat dan tetap tunduk kepada suami sekali pun Neelofa memiliki kekayaan sendiri. Apa yang penting, baik suami mahu pun isteri perlu sama-sama memahami nafkah yang harus dan yang boleh diterima seadanya mengikut kemampuan suami.
Jom tonton video di bawah :
@seorangnur 
Antara perbincangan lain yang turut dibincangkan oleh Neelofa :
@seorangnur 
@seorangnur Respect, adab dan akhlak❤️ #neelofa #noradanish #natashaozeir #podcast
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Untungnya dapat isteri solehah macam neelofa.. Patut Neelofa patuh cakap Harris.. husband bertanggungjawab isteri pun respect.. “
” Perfect sngt nih, untung awak neelofa.. bertuah dapat suami macam tu.. best kan tapi tak semua dapat macam tu.. yang penting suami kena ada ilmu untuk mendidik isteri.. “
” Kalau dpt laki yang bgs mcm ni alhamdulillah.my dad 100% semua dia yg provide smpaikn tak kasi my mom buat kerja bnyk dkt rumah. My mom nk semua benda dia akan kasi tak pernah bangkang apa my mom nk.. “
” Terbaik suami yg tau tanggungjawab … beruntung sangat-sangat Lofa dapat suami yang faham tanggungjawab.. “
” Alhamdulillah. Dulu abah tanggung, sy sgt hormati abah saya. Skg 100% suami amik alih tanggungjawab itu. Sbb tu sy sangat2 hormat & patuh pada suami.. “
” Alhamdulillah.. suami sediakan semua benda..dikurniakan lelaki yg bertanggungjawab sepenuhnya.. love you husband.. “
” Betul. Bila laki pandai fikir sediakan apa yg patut, bini akan automatically respect dengan husband.. “
Pastinya ramai yang mengimpikan suami seperti Haris. Apa-apa pun, setiap wanita harus bersyukur dan menerima dengan terbuka apa sahaja yang mampu disediakan oleh suami mengikut kemampuan. Semoga segala yang dikongsikan dalam podcast ini memberi manfaat dan ilmu kepada semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nur NLFH
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
