Artis / Selebriti
” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
Video permohonan maaf Aidid Marcello kepada isterinya, Norzie Pak Wan Chek selepas memuatnaik video lagu Jamilah buat ramai terhibur. Respon Norzie di ruangan komen pun kelakar. Mahu tak cuak Aidid, haha..
Baru-baru ini, pelakon Que Haidar mencuri perhatian apabila menggunakan lagu klasik berjudul Jamilah dalam salah satu videonya di akaun TikTok. Lagu tersebut secara tiba-tiba menjadi fenomena dan kini tular di media sosial. Gelagat spontannya ketika menyanyikan lagu itu turut membuatkan ramai yang terhibur.
Turut memuatnaik video menggunakan lagu Jamilah ialah pengacara terkenal, Aidid Marcello di akaun TikTok miliknya. Namun apa yang mencuit hati, video Aidid itu mendapat respon daripada isterinya, Norzie Pak Wan Chek di ruangan komen. Perkongsian video berkenaan turut mengundang tawa ramai warganet.
Disebabkan komen isterinya itu, Aidid kemudiannya membuat video permohonan maaf kepada Norzie. Aidid menjelaskan bahawa tiada niat tertentu ketika membuat video tersebut dan tidak mengetahui lagu Jamilah kini dikaitkan dengan trend ‘duda-duda’.

Sekali lagi, Norzie turut memberikan respon di ruangan komen video permohonan maaf berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang bersetuju dengan tindakan Aidid membuat permohonan maaf kerana menghormati perasaan isterinya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
@aidid.marcello Sampai Langkawi aku cari Jamilah. Hampa nampak ka kat mana. Kalau jumpa sila komen 😍 #aididitmyway #aididmarcello #aididitlangkawi #review
Respon Norzie :

@aidid.marcello Yelah yelah… saya minta maaf 😜 #aididmarcello #maaf #jamilah
Respon Norzie :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan kepada Aidid. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Hahaahahhaha Kak Norzie bagi ayat “dah kenapa” je.. Terus mintak maaf ek. Baru tahu kau bang jgn main².. “
” Dato mydin, ustaz abdullah khairi rilek je …Bang, betul tindakan abang….. Abang bukan GTB, tapi bini menakutkan abang.. “
” Tau takut, haha.. Ingat bini2 ni suka ke bila laki kita duk nyanyi lagu org.. Klau nyanyi lagu nm bini besarnya hati bini2. Norzie nnti minta penalti mahal2 tau.. “
” Kita tak kalah bang, kita malas panjang cerita je, HAHAHAA.. Btw its ok bang.. Kita sayang bini.. Semoga kekal hingga ke jannah.. “
” Hahahahahaa terbaik lah Aidid.. Tahu pun tak sedap hati kan.. Baru tanya je tu.. Dah cuak, berpeluh.. Tak pasal2 kena buat video permohonan maaf…”
” TERIMA KASIH WIFE Aidid Marcello sb suara kan, husband Sy ada angin2 nak buat lagu jamilah ne Sy takbgi dia kata ramai pn yng buat.. Pasni Sy tunjuk vtt aidid marcello ne kat husband, haha.. “
” Matang.. Terbaik bro, walaupun kita betul, kita akan tetap bersalah.. Apapun, semoga En.Aidid & Pn. Norzie berbahagia dunia & akhirat.. “
Lagu Jamilah bukan saja menjadi trend, tetapi juga berjaya membuatkan ramai terhibur dengan aksi spontan mereka. Apa-apa pun, didoakan semoga Aidid serta Norzie terus bahagia bersama serta sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rezeki yang berpanjangan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok aidid.marcello
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

