Artis / Selebriti
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
Perkongsian Azrinaz Mazhar Hakim sempena hari lahir anak sulungnya, Putera Wakeel yang ke 19 tahun sangat menyentuh hati. Ucapan dan luahan rindu seorang ibu, sebaknya..
Meninjau ke akaun Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, perkongsian terbaru Azrinaz bersempena ucapan hari lahir anakanda sulungnya, Putera Wakeel sangat menyentuh perasaan. Tahun ini genap usia Putera Wakeel 19 tahun yang merupakan putera Diraja Brunei.
Setiap tahun Azrinaz tidak pernah lupa untuk memberikan ucapan hari lahir buat puteranya ini. Walaupun membesar jauh dari matanya, Azrinaz tidak pernah lupa akan satu-satunya anak lelaki yang dimilikinya hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya iaitu Sultan Hassanal Bolkiah.
Azrinaz telah memuatnaik sekeping gambar Putera Wakeel ketika kecil menaiki sebuah jet dengan memakai kaca mata hitam. Menurut Azrinaz, dia amat merindui akan puteranya itu. Tiada apa dapat digambarkan tentang rasa rindu melihat senyuman dan mendengar suaranya.

Perkongsian ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh satu jam yang lalu. Namun begitu, Azrinaz menutup ruangan komen pada posting ini untuk sebarang komen daripada warganet.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sekadar info, Azrinaz pernah mendirikan rumahtangga bersama Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Wakeel dan Puteri Ameerah. Kedua-duanya kini sudah meningkat remaja.

Kini, Azrinaz sudah berkahwin lain buat kali kedua dan dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan. Walaupun begitu, sebagai seorang ibu pastinya merasai kerinduan yang mendalam untuk dua lagi cahaya mata yang jauh di mata. Selamat hari lahir Putera Wakeel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim, Dymabdulwakeel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

